eLyNa. Powered by Blogger.
RSS

Andai epal itu merah

slogan : "Rasa cinta kita seperti manisnya epal merah"
PERADUAN MENULIS CERPEN sempena penerbitan novel MERAH CINTA EPAL (Kaki Novel) karya Ridha Reeani.


Amir Firhan menongkat dagu di jendela. Pandangannya dipaku ke arah jendela yang ternganga setentang dengannya. Seringkali wajah muram pemilik alis mata menggoda termenung di sana. Pewaris tunggal rumah agam gah berlantaikan bumi. Kadang-kala, timbul persoalan menghantui akalnya. Gadis misteri yang tidak pernah menjejak bumi yang dahulunya hangat diperkata ramai kini, bagaikan hilang dibawa arus semasa.

Amir Firhan sisir rambutnya ke belakang. Menampakkan wajahnya yang tampan. Sesekali, ekor matanya mengerling ke arah gadis berambut separas bahu dengan busana kebaya lama. Matanya seakan terkaku. Terus-menerus menatap wajah ayu tanpa senyuman. Beku dengan perasaan. Ikutkan hati mahu sahaja dia bertegur sapa. Gadis yang kian mencuri hatinya.

“Hoi! Tak berkelip mata kau tengok!”

Sergah Izzat dari belakang.

“Cantik!”

Tanpa sedar bibir Amir Firhan memuntahkan pujian. Izzat tercengang. Matanya melontar pandang ke arah pandangan yang dihala Amir Firhan.

Alahai, tak habis-habis dengan rumah puaka tu!

“Sudah-sudahlah tu, Mir! Kau ni namanya je doktor tapi otak tu suka sangat berhalusinasi. Kau ni dah teruk tau. Janganlah disebabkan kau tu pakar psikiatri, kau pun nak jadi gila sama. Aku tak sanggup nak tengok kawan baik aku ni jadi kemamar,”

“Eh, mulut kau ni! Celupar! Kau tak pernah nampak perempuan tu, memanglah kau cakap aku kemamar tapi sekali kau nampak, agaknya terus kau suruh mak bapak kau pergi meminang perempuan tu agaknya,”

“Huh! Sudahlah! Entah-entah perempuan yang kau cakap tu, hantu agaknya. Kau pernah ke nampak perempuan tu keluar dari rumah? Tak pernahkan? Lagipun, aku dengar rumah tu dah tiga tahun tak berpenghuni. Rumah kosonglah! Dahlah! Aku nak tidur. Pagi esok aku ada hal sikit. Nak bertolak ke Johor dah. Ada urusan kat sana. Kau menghadaplah rumah puaka tu selama mana kau mahu tapi jangan lupa baca doa sekali. Kan keluar muka cam Pontianak harum sundal malam tu, tahulah kau langit tu tinggi ke rendah!”

“Diamlah kau! Macam mak nenek nak membebel je kerjanya,”

***

Seawal jam lima petang, Hazelina sudah menunggu di jendela kegemarannya. Menatap wajah kacak, murah dengan senyuman. Bukan dia tidak mahu membalas tetapi hatinya seakan menghalang. Gadis cacat berkaki tempang, gelaran yang diberi kepadanya beberapa tahun dahulu. Tiada pernah dia meminta ditakdirkan cacat sebegini tetapi mulut manusia tiada mampu dia menutup. Biarlah, puas orang menghina diamlah mereka.

Bunyi enjin kereta menyusuri jalan dihadapan rumahnya kedengaran. Pantas sahaja dia menyandarkan badannya rapat ke dinding. Bimbang terlihat dek orang lain tingkahnya itu.

Amir Firhan kerling ke jendela terbuka di tingkat atas banglo mewah milik jirannya. Bagaikan lakunya diperhati seseorang. Automatik, seulas senyuman dilemparkan. Biarlah tiada dapat dia melihat rupa paras gadis itu tetapi hatinya memaksanya bereaksi sebegitu. Nanar jadinya menahan rindu menanti malam. Peluang untuk dirinya menatap indahnya sang puteri penuh misteri.

Dada Hazelina berdebar-debar. Jantungnya bernada tak sekata. Seperti mahu sahaja dia menjerit kepada jejaka tak diketahui nama. Memohon agar dikeluar dari penjara bersangkar emas. Sekaligus memberikan tangkal bebas.

Hazelina beranikan diri menunjukkan wajah. Riaknya berubah pucat tatkala jejaka tadi memberhentikan kereta seraya memokus pandang ke arahnya. Larian degupan jantungnya bagaikan memecut pantas. Dua pasang mata saling menukar pandangan. Bagaikan ada sesuatu menghubungkan mereka.

Hati Amir Firhan bergetar hebat. Dia pasti gadis itu manusia dan bukannya hantu seperti digembar-gemburkan masyarakat. Bukan seperti telahan Izzat. Biarpun sekadar mata berkomunikasi, sudah cukup menjelaskan situasi. Pemilik alis mata menggoda benar-benar mencuri hatinya. Amir Firhan tanpa sedar perlahan-lahan mengatur langkah ke rumah sebesar istana itu. Hazelina gelisah berbaur resah.

Astaghfirullah!

Segera Amir Firhan beristighfar. Tingkah bagaikan orang tidak beriman. Memasuki rumah saudara berlainan jantina sendirian. Berlari keluar Amir Firhan.

***

Kepulangan Izzat disambut dengan riak teruja. Penat memandu sejak pagi belum lagi hilang sudah dihidang dengan telatah Amir Firhan. Beria-ria memaksanya menceroboh banglo berpuaka. Menegak bulu romanya. Seram menjengah.

“Kau ni dah tak betul ke, bro? Rumah tu kosonglah! Mana ada orang!”

Bengang si Izzat.

“Aku nampak siang tadi. Dia pakai kebaya merah jambu. Comel sangat,”

“Ah, kau tu dah tahap angau! Gila bayang sesorang. Hantupun kau cakap cantik. Sudahlah, malas aku nak layankan kau ni! Lama-lama, akupun kemamar sama!”

Amir Firhan pamer riak hampa. Tuturnya bagai angin cuma. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Takpe-takpe! Kau tengoklah aku dapat perempuan tu buat bini, biar terbeliak mata kau, Izzat!

Hazelina gelisah tak bertempat. Duduk tak kena, berdiri tak selesa. Umpama sesuatu tertinggal sahaja lagaknya. Ekor matanya seakan mahu mengerling sahaja ke arah rumah batu dua tingkat bertentangan dengan rumahnya. Senyuman manis jejaka berkemeja biru seakan terbayang-bayang di ruang matanya.

Ah! Tak boleh! Tak mungkin! Aku tak boleh biarkan perasaan karut ni wujud! Mana mungkin jejaka tampan sepertinya mahu mengahwini gadis cacat seperti aku!

Terjelepuk Hazelina di atas lantai. Manik-manik jernih mulai mengalir membasahi pipi. Pantas, jemari halus itu menyeka. Tidak mungkin dia berimaginasi menggapai awan andainya melompat dia tak mampu!

Hazelina tampar pipinya sendiri.

Apakah berdosa gadis tak sempurna seperti aku menagih cinta dari seorang pemuda? Apakah gadis seperti aku tak layak memiliki cinta? Tidak! Aku tak pernah minta jadi cacat begini! Kalau tak kerana Pak Long semua ni takkan berlaku! Bagus orang tua mampus tak tinggal bayang!

***

Mahu tak mahu, diheret juga Izzat ke rumah jirannya. Sudahlah malam itu malam Jumaat. Ditambah pula waktu malam, betul-betul menyeramkan. Amir Firhan tu namanya je doktor tapi otak dah masuk air. Fikir Izzat geram.

Dengan muka cemberut, tangan Izzat ditarik.

“Sabarlah! Sakit tangan aku, kau tahu tak? Beragaklah sikit! Memalam buta nak pergi cari hantu pasal apa? Kau tak takut ke kalau sekali jumpa mata merah dengan gigi taring?”

Tak habis-habis mulut Izzat membebel. Mengalahkan nenek kebayan. Amir Firhan ketuk pintu seraya memberi salam. Berkerut dahi Izzat melihat.

“Gila! Kau ingat hantu reti jawab salam ke?”

“Diamlah kau!”

Hazelina yang mendengar ketukan di tingkat bawah, sepantas kilat menyembunyikan diri dibelakang pintu bilik.

“Kau ni betul ke tidak nak masuk kat dalam ni? Rumah ko…,”

Ternganga Izzat tanpa sempat menghabiskan bicara saat pintu utama dibuka Amir Firhan. Izzat pandang Amir Firhan tak selesa. Kalau manusia terlebih berani beginilah jadinya. Mencari pasal menempah penyakit sajalah kerjanya.

“Hei!”

Terjerit kecil Izzat pabila badan kurus keringnya ditolak Amir Firhan memasuki ruang tamu rumah agam itu. Amir Firhan pamer riak tak bersalah.

“Kau tengok rumah ni macam ada yang duduk. Besar, bersih dan tak berdebupun!”

“Huh! Rumah hantu biasanya bersawang. Rumah ni hantu moden yang duduk!”

Hazelina yang mendengar bicara dua jejaka itu dari tingkat atas menahan tawa. Hantu moden? Dituju kepada dirinya?

Dari satu ruang ke ruang yang lain. Dari satu bilik ke bilik yang lain. Semua digeledah. Mencari penghuni yang diam namun, semuanya hampa belaka. Bayang manusia tiada kelihatan.

Izzat peluk tubuhnya sendiri.

“Kau ni dah kemamar! Dah boleh dicop gila! Sudahlah, aku nak balik! Tidur lagi baguslah! Itulah kau, bila umur dah nak habis dua puluhan mulalah nak cari perempuan nak buat bini. Dulu sibuk kahwin dengan kerja. Sekarang, tak kira hantupun kau nak sapu jadi calon. Susah sangat kau jadi je adik ipar aku. Kahwin dengan Izura tu.comel, lawa, popular pulak tu!”

“Izzat, aku tak boleh masuklah dengan adik kau tu. Serius memanjang,”

“Tak mahu sudah!”

“Lagipun, aku tak sanggup dengan perangai membebel mak nenek kau tu! Nasib tak bernanah je telinga aku ni dengar kau berleter je tiap-tiap hari,”

“Kau tu bab bahan aku memang nombor satu! Dah tu, tunggu apa lagi? Blahlah, bro!”

***

Hazelina picit dahi sendiri. Segala yang bermukim dibenak dicurahkan ke atas huruf-huruf didada papan kekunci. Blog yang diibaratkan sebagai cacatan diri. Diari peribadi. Biarlah dianggap sudah tak bernyawa di dunia ini, kehidupan bersisa harus diteruskan. Wang sejuta ringgit yang ditinggalkan arwah mama dan papanya masih belum terusik. Cuma digunakan untuk membayar bil elektrik dan seumpamanya. Itupun segalanya melalui dalam talian. Keadaan diri membataskan pergerakan.

Masuk hari ini, sudah seminggu gadis berkebaya berkurung. Tidak menampakkan wajah. Saban malam Amir Firhan menjadi penunggu jendela. Mengharap gadis berkebaya menunjukkan rupa. Rindu berombak di dada.

Amir Firhan mundar-mandir di dalam bilik tidurnya. Bingung memikirkan cara mahu mengenali si gadis kebaya dengan lebih dekat.

Hazelina mengeluh. Gerak hatinya seakan memaksanya menuju ke arah jendela. Melunaskan rasa rindu menatap jejaka. Dua jiwa meronta-ronta. Tanpa bicara hati bersua.

Melihat ayu sang puteri di seberang sana, sekuntum senyuman ikhlas dilempar. Spontan, senyumannya dibalas. Terasa mahu sahaja dia melonjak kesukaan. Betapa bahagia dan berbunganya rasa dihati melihat senyuman manis si pujaan hati.

Amir Firhan angkat X6 miliknya. Lagak meminta nombor telefon. Perlahan-lahan, Hazelina menggeleng. Melihat wajah hampa jejaka itu, dengan berat hati diberitahu jua nombor miliknya. Isyarat jari sebanyak sepuluh kali tanpa ulangan.

Yes!

Menjerit kesukaan Amir Firhan.

“Hoi, kau gila ke? Aku nak tidurlah!”

Berang Izzat tidurnya terganggu. Amir Firhan senyum sendiri.

***

Masa terus berlalu. Meninggalkan detik yang kian berlalu pergi. Hubungan Amir Firhan dengan Hazelina semakin rapat. Cuma belum pernah bertemu dalam jarak yang dekat.

“Kalau saya nak jumpa awak boleh?”

Soal Amir Firhan suatu hari.

“Hari-hari awak nampak saya, bukan?”

Ujar Hazelina seraya tertawa.

“Tapi saya nak tengok awak betul-betul di hadapan saya. Selama ni, kita cakap melalui telefon saja. Boleh awak keluar dari rumah tu?”

Hazelina terdiam. Riaknya berubah. Lidahnya kelu. Terus talian dimatikan.

“Awak? Awak!”

Terjerit Amir Firhan apabila Hazelina memutuskan talian tiba-tiba.

Berkali-kali nombor telefon gadis itu didail. Namun, hampa sahaja. Gadis itu seperti menyembunyikan sesuatu. Fikir Amir Firhan.

Hazelina menyembamkan mukanya ke bantal. Teresak-esak tangisan. Hatinya terasa pedih. Apakah jejaka bernama Amir Firhan akan meninggalkannya setelah mengetahui dirinya tak sesempurna insan lain? Tidak! Dia tak mampu menerima hakikat itu.

Amir Firhan gusar. Kakinya melangkah ke jendela. Mencari kelibat Hazelina. Gadis itu tiada di jendela seperti kebiasaan.

Tanpa berfikir panjang, Izzat yang kusyuk menonton televisyen ditarik mengekori langkahnya.

“Mir! Sakitlah cerdik!”

Serentak pegangan kuat Amir Firhan terlepas.

“Kau ni tak reti bagitahu nak bawa aku pergi mana ke? Kau ingat aku ni anak lembu nak main tarik-tarik?”

“Maaf, Jat! Hati aku ni tak senang. Ikut aku, jap,”

“Pergi mana? Hantu comel tu?”

Perli Izzat bengang.

Tak habis-habis dengan hantu comel dia tu. Bosan!

***

Tanpa ucapan salam, rumah agam itu dirempuh masuk. Bilik yang bertentangan dengan biliknya dicari.

“Hazel! Buka pintu ni!”

“Apa kau ni? Hazel?”

Soal Izzat seraya tertawa.

Hantu comel. Namapun comel gak.

Besi yang digunakan untuk membuka pintu utama digunakan untuk membuka pintu bilik Hazelina. Terjerit gadis itu terperanjat.

Izzat yang melihat kelibat Hazelina ternganga luas.

“Patutlah kawan aku ni angau tak ingat, rupanya hantu tu comel gila!”

“Hazelina, ok! Bukan hantu. Dia ni namanya Hazelina,”

“Keluar! Keluar! Keluar!” jerit Hazelina bagai orang histeria.

Amir Firhan yang panik cepat-cepat menekup mulut comel gadis itu. Berdegup kencang jantungnya apabila berada begitu hampir dengan gadis itu.

Izzat membisu tiba-tiba apabila melihat gadis itu bagaikan kekurangan sesuatu. Matanya berkali-kali turun naik melihat kaki dan wajah ayu Hazelina. Dengan sekuat hati, Hazelina tolak badan Amir Firhan ke belakang.

Nafas Hazelina turun naik. Tak sekata. Dadanya berombak marah.

“Awak jangan ingat perempuan cacat seperti saya boleh diperlaku sesuka hati. Saya tak benarkan lelaki bukan muhrim sewenang-wenangnya menyentuh saya!”

Izzat peluk tubuh sendiri seraya melabuhkan punggung disofa mulut itik di satu sudut bilik. Seakan mengadili wayang yang berlangsung.

“Maaf. Saya tak sengaja sentuh awak,”

Hazelina raup mukanya kasar.

“Dah puas hati ke awak sekarang?”

“Hazel, apa maksud awak?”

“Seronok ke awak dapat tahu hakikat sebenar?”

“Hakikat apa ni?”

“Yang manusia di depan awak ni tak sempurna seperti orang lain?”

“Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni, Hazel,”

“Tapi saya tak ada kaki!”

“Awak cuma kehilangan sebelah kaki,”

Tutur Amir Firhan lembut.

Terduduk Hazelina di atas tilam.

“Kalau tak kerana Pak Long tamakkan harta mama dan papa semua ni takkan berlaku. Pak Long sanggup bunuh mama. Tikam papa dengan kejam. … Pak Long cuba bunuh saya. Saya melawan. Tersilap langkah, Pak Long tertikam diri sendiri tapi Pak Long sempat tarik pisau yang terbenam di dadanya. Pak Long benamkan pisau di kaki kiri saya. … dan peristiwa itu benar-benar mengubah hidup saya. Berkurung dan bersembunyi dalam rumah ini. Sehinggakan orang menyangka rumah ini tidak didiami sesiapa. Berhantu. Berpuaka ..,”

Izzat terkedu. Tepat mengena hidungnya.

“Hazel sayang, saya … saya …,”

“Tak mengapalah. Saya faham, Amir. Saya tahu mana mungkin seorang lelaki hampir sempurna seperti awak masih lagi ingin menyayangi perempuan hina seperti saya. Kembalilah. Pulanglah ke rumah awak. Berhentilah memberi saya harapan. Saya tahu, saya hanya menggapai bintang yang gah di langit sana,”

“Tak!”

Kepalanya digeleng laju.

“Saya tak kisah! Saya hanya nak miliki awak. Nak awak temani hidup saya sampai ke hujung nyawa, Hazel. Saya nak jaga awak. Saya nak awak jadi hak saya yang sah. Sudahlah, jangan bersedih lagi. Kadang-kadang, Allah hilangkan sekejap matahari kemudian, Dia datangkan guruh. Mana matahari? Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Awak tunggu, minggu depan saya akan bawa rombongan meminang ke rumah awak. Kita kahwin Hazelina,”

Pandangan Hazelina berkaca. Bertaut dengan luahan ikhlas Amir Firhan.

Syukur padaMu Ya Allah.

Izzat tersenyum sendirian.

Alhamdullilah. Aturan Allah sungguh indah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suara Terakhir

Saya mahu novel ERTI CINTA - Camelia



Desiran angin halus cukup membuatkan Ellyza mengigil. Kedua-dua tangan disilangkan ke dada. Memeluk tubuhnya sendiri. Sesekali, angin menghembus kasar. Menerbangkan sang langsir di jendela. Bunyi engsel dan pintu kayu bergesel menyeramkan suasana. Ditambah pula dengan siulan manja burung-burung hantu. Berselang-seli dengan cengkerik yang galak keriangan. Cepat-cepat, tingkap berpintu itu diselak. Dikunci rapat.

Ellyza menghempaskan badannya ke atas tilam. Hatinya kurang senang. Perasaannya semacam. Bagaikan ada sesuatu berada di bawah katilnya. Takut-takut, selimut tebal ditarik menutupi mukanya. Dipejam matanya rapat. Doa tidur dibaca sebelum ditutupi dengan ucapan khalimah syahadah. Hatinya berbisik, menggesa semoga tirai subuh berlabuh pantas.

***


“Ellyza, bangun nak ! Bilal sudah laungkan azan. Bangun cepat. Nanti, lewat pula kamu ke sekolah,”

“Elly mengantuk lagi ni mak. Lagi lima minit, Elly bangun, ya ?”

“Hish, budak ni ! Dah pukul berapa sekarang ni ? Kamu tu kalau bersiap selagi jarum jam tu tak habis ronda satu pusingan tak adanya kamu siap. Bangun sekarang,”

“Yelah ! Elly bangun sekarang,” ujarnya seraya menggeliat malas.

Usai membersihkan diri, terus kakinya menapak ke kawasan sekolah. Udara dingin dan sejuk begitu mendamaikan. Baru selangkah dua dia berjalan, dirinya disapa pengawal keselamatan. Ucapan selamat pagi sebagai tanda perkenalan. Maklumlah, dia orang baru. Masih belum ramah dengan warga sekolah. Tak lama kemudian, dia meminta diri. Mahu memulakan tugasnya sebagai seorang guru.

“Berani sungguh cikgu baru tu masuk dalam bangunan tu awal-awal pagi macam ni ? Kita nak masuk ronda-rondapun berteman,” persoal Pak Latif seraya meletakkan motosikalnya disebelah pondok pengawal.

“Dia tu cikgu baru. Budak baru. Tak tahu cerita, Latif,”

“Kau perasan sesuatu tak ?”

“Perasan apa pulak ?”

“Hmm ... Kau dah lupa kes pelajar mati 10 tahun lepas ? Muka dia betul-betul macam Cikgu Ellyza,”

“Hish ! Kau ni ! Ke situ pulak ?”

“Yelah, sejak dua minggu lepas lagi aku perasan ! Muka dia seiras dengan macam arwah Nellisa. Aku ingat lagi budak tu. Hari-hari datang melepak dekat sini. Takkan kau dah lupa, kut ?”

“Pagi-pagi macam ni, kau tak payah nak mengarut, Latif ! Bulu roma aku dah meremang dah ni. Aku pernah nampak Cikgu Ellyza tu sembahyang dekat surau sana tu, hah ! Kau nak cakap yang Cikgu Ellyza tu hantu ke apa ?”

“Eh, ... aku lapar. Lupa nak makan ! Aku keluar kejap,”

Semakin menghampiri bangunan usang itu, derap langkah itu kian mendekat. Ellyza gugup. Langkahnya sengaja dipanjangkan. Sesekali, kepalanya ditoleh ke belakang. Kosong. Tiada sesiapa di belakang malah, di sekelilingnya hanya dia berseorangan. Sepantas mungkin dia berlari ke arah tangga. Dengan kaki kanan mendahului anak-anak tangga, kaki kiri mengejar pantas, gerakannya seakan terbang.

Badannya seakan membeku pabila bahunya terasa ditepuk seseorang. Wajahnya berubah pucat. Dia beranikan diri memusingkan badannya ke belakang. Sama seperti tadi. Kosong ! Ellyza bermonolog sendiri. Gugup yang bermukim menyeru dirinya beristighfar panjang. Dengan perasaan takut menyelubungi diri, kakinya melangkah laju ke bilik guru. Ellyza terkaku. Terbuntang matanya pabila melihat sebelah kaki berjuntai dengan tangan berayun muncul tiba-tiba di tempat duduknya. Jantung berdegup kencang seakan mahu tercabut dari tangkainya. Kepalanya pantas menoleh ke belakang. Mencari kelibat manusia yang lain. Masih jua tiada sesiapa yang kelihatan. Dipusingkan kepalanya ke tempat duduknya semula. Kembali sediakala. Tiada lagi ‘kelibat’ tadi. Dadanya digosok perlahan-lahan. Tanda lega bertandang.

***


Ellyza ukir senyuman di bibir. Matanya seakan turut mengulam senyuman kepada sorotan mata anak-anak muridnya. Ringan sahaja mulutnya beramah-mesra dengan mereka. Bagaikan berbicara dengan adik-adik saja lagaknya.

“Untuk kelas kita hari ni, kita akan masuk bab coordination and response. Sebelum saya ajar kamu, saya nak semua baca dan faham serba sedikit tentang apa yang dimaksudkan dengan coordination dan apa itu response,”

Kelas menyepi. Masing-masing tekun membaca. Ellyza melabuhkan punggung ke kerusinya. Matanya menjamah seisi kelas. Terpaku pandangannya pada seorang pelajar, Adnin. Leka benar remaja itu memandang keluar dengan dahi berkerut-kerut. Bibirnya lantas menyoal perilaku pelajarnya itu. Kusyuk benar memandang. Dipanggil berkali-kali, tiada Adnin menyahut. Mahu tak mahu, dia sendiri memusingkan kepalanya. Memandang ke arah yang sama. Riaknya turut berubah. Cepat-cepat, reaksinya dikawal lalu memandang ke arah pelajarnya tadi.

“Awak pandang apa tu, Adnin ?”

“Tak ada apa-apa, cikgu,”. Nyata nadanya berbaur terkejut. Mata Adnin seolah-olah terus mahu memaku pandang ke arah tadi. Seakan konsep tarikan besi ke arah magnet.
Ellyza hela nafas perlahan. Adnin ditatapnya dalam. Kasihan Adnin. Masih lagi mentah mengenal dunia sudah nampak yang bukan-bukan. Sebagai guru yang bertanggungjawab, pelajarnya itu diberikan nasihat. Katanya, disebabkan tekanan terlalu asyik bertemankan buku sepanjang masa, otak jadi tidak stabil. Mudah sahaja berfikiran negatif. Adnin cuba membuka hikayat lama. Kononnya, tragedi hitam pernah terlakar di sekolah itu kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Betul-betul di belakang bilik guru. Bersungguh-sungguh Adnin bercerita. Menyakinkan Ellyza bahawa kata-katanya tiada bohong. Ellyza pamer riak tidak percaya. Baginya, hantu tidak pernah wujud di alam semesta. Yang ada hanyalah syaitan yang merupa-rupa.

***


Helaian demi helaian buku latihan anak-anak muridnya diselak. Fikirannya bercelaru. Kusut apabila memikirkan kejadian tadi. Di kantin tadipun, beberapa orang guru berbisik-bisik sesama sendiri. Mengatakan hantu tadi sudah lama tidak mengganggu penghuni sekolah. Semua ini berlaku gara-gara kedatangannya yang dikatakan seiras dengan mangsa yang terbunuh. Ada yang menokok tambah. Kata mereka, hantu itu mencari dirinya. Mengeluh Ellyza buat kesekian kalinya.

Ellyza kerling keluar tingkap. Tangannya menongkat dagu. Pelik benar dengan para guru disekolah itu. Tak ramai yang berani masuk ke bilik guru di waktu rehat seperti itu. Kalau ada yang masuk sekalipun, macam tergesa-gesa mahu keluar. Lain pula dengan Puan Suhana, guru matematik. Selamba sahaja menuju ke arah meja. Semanis mungkin, senyuman dihadiahkan buat wanita itu. Usahkan balas bertegur sapa, senyumpun tiada mahu wanita itu membalas. Bahkan dibalas dengan jelingan kasar. Terasa angin dingin bertiup tiba-tiba. Sejuk bagaikan ais. Keningnya dijungkit. Reaksi spontan pabila pelik. Dia alih pandangan ke arah tingkap yang tertutup. Makin pelik bersarang dibenak.

“Nelly !”. Bisikan halus di telinga begitu perlahan kedengaran berserta tiupan angin dipipinya.

Hmm ? Nelly, sapa tu ? Ah ! Biarkan je la ! Aku banyak sangat berfikir. Tu yang dengar yang bukan-bukan.

“Nellyza,”

Ke kiri ke kanan kepalanya di toleh.

“Nelly !”

Bahunya dicuit. Sekejap sebelah kiri. Sekejap sebelah kanan. Menjerit Ellyza didalam hati. Boleh gila kalau begini. Tudung di kepala digaru-garu kehairanan. Marker merah di atas meja bergerak-gerak sendiri. Terangkat sedikit demi sedikit. Bergerak ke arah whiteboard.

N.E.L.L.Y !! P.A.N.D.A.N.G S.I.N.I

Terperanjat Ellyza. Tangannya sejuk. Kakinya mengeletar. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Suara itu memanggil lagi namanya. Kali ini, semakin kuat. Ellyza beranikan diri. Menyoal gerangan si empunya suara dengan nada berbisik. Bimbang juga didengari orang lain. Walhal, Puan Suhana berada jauh dipenjuru bilik.

“Kau tahu siapa aku. Sampai hati kau lupakan aku ...,” gemersik suara itu mendatar sebelum tangisan dihambur keluar.

“Merepek ! Aku tak kenal kau ! Nelly, Nelly ! Siapa Nelly tu ?”

“Kau, Nelly !” balas suara itu sambil memandang tajam ke arah Ellyza.

“Kau ... Kau ni Nellisa ?”. Ellyza lontar ketawa plastik.

“Yup ! Kau Nellyza,”

“Aku Ellyza, okey ! Bukannya Nellyza!” balas Ellyza pantas. Cuba memberanikan diri. Padahal, jemarinya sudah beku mengalahkan ais.

“Kau hilang ingatan ! Sebab tu kau lupa siapa aku. Lupa siapa diri kau. Lupa janji kau,”

“Janji ? Janji apa ? Aku tak pernah berjanji apa-apa ? Kau nak apa dari aku ni ? Kau dah mati. Pergi kembali ke tempat kau. Aku tak nak ada yang kata aku ni gila sebab bercakap sorang-sorang,”

“Nelly, kau harus tunaikan janji kau ! Kau kena tunaikan,”. Terus bayangan itu hilang.

T.U.N.A.I.K.A.N !!!

Kali ni bukan dengan marker merah tapi merah darah. Terus pengsan Ellyza.

***


Suara gemersik itu asyik tergiang-giang di telinga. Resah Ellyza jadinya. Begini tak kena, begitu tak kena. Entah janji apa yang dituntut, dia tidak tahu. Badannya bersandar di pondok pengawal. Pening pula apabila memikir Nellisa. Persoalan sarat memenuhi kotak akalnya. Pak Dollah menghampiri guru muda yang kelihatan asyik termenung itu. Kadang-kadang, tumpah rasa belas kepadanya. Yalah, orang baru tapi bagai tersisih. Dipulaukan oleh yang lain. Bagai terdengar suara seseorang mendesak, akhirnya bibir yang selama ini terkunci terbuka jua. Segala persoalan yang bermain dibenak Ellyza dirungkai satu demi satu. Melainkan, siapa sebenarnya Nellisa ? Pak Dollah seakan mahu menyembunyikan sesuatu.

***


Kakinya diatur malas ke arah beranda. Bosan menjengah. Kadang-kadang, curiga juga dengan wanita yang dipanggil mak. Awal-awal pagi sahaja lekat dirumah. Waktu lain memang mustahil amat untuk berjumpa. Hendak dikatakan sibuk dengan kerja ? Mustahil. Memori dua minggunya masih kuat. Ini kampung bukannya bandar. Manusia berlumba-lumba mengejar kekayaan. Takkan malam-malampun tak ada. Dengan ingatan sebelum ini bagaikan sifar, hanya sepatah nama, Ellyza saja yang melekat difikirannya. Yang lain ? Dia sendiri masih bingung. Mak ? Dia sendiri tak pasti siapa perempuan tu tetapi apabila ditanya dimana rumahnya, semua orang akan diam dan terus membisu. Itu belum dikira pabila nama wanita dipanggil mak disebut, semua lari lintang-pukang ! Pelik ! Siapa sebenarnya dirinya ? Siapa Nellyza ? Siapa mak ?

Angin bertiup kencang tiba-tiba. Berterbangan dedaun di tanah. Ellyza kecilkan matanya supaya tidak dimasuki habuk. Suara gemersik itu menyapa halus di telingannya. Kali ini, getar dihati diusir pergi. Yang memperkenalkan diri sebagai Nellisa dipaksa tunjukkan diri. Katanya berani, takkan dia dengari percakapan perempuan itu seandainya hanya suara yang bergemersik. Serentak itu, tiupan angin menjadi semakin kencang. Terbang ke atas dan ke bawah atap-atap zink. Ellyza berdehem. Mencari keyakinan dalam diri. Alangkah terperanjatnya Ellyza apabila melihat Nellisa ibarat klon dirinya. Dengan saiz badan yang sama, dengan wajah seperti difotostat, dirinya bagaikan mahu pitam.

Meremang bulu roma Ellyza apabila Nellisa tetiba sahaja menggilai kuat. Seram amat. Sorotan mata merah bak saga milik Nellisa berubah tajam. Seakan mahu menelan Ellyza hidup-hidup. Ellyza gugup. Nellisa mendekati ‘klon’nya. Mendesak supaya Ellyza membantunya. Naik buntu gadis itu jadinya. Perihal pertolongan apa yang Nellisa mahukan sebenarnya ? Asyik mendesak supaya dirinya melunaskan janji sahaja. Padahal dia langsung tidak dapat mengingati apa-apa. Ellyza bertegas. Jikalau Nellisa enggan berterus-terang, takkan sesekali dia menghulurkan bantuan. Nellisa terpaksa akur. Dendam kesumat yang membengkak dihati dimuntah keluar sepua-puasnya. Hubungan pertalian darah antara dia dan Ellyza membuatkan gadis itu diburunya. Janji yang termenterai mereka berdua. Alasan yang digunakan untuk Ellyza merobek kembali ketenangan warga sekolah. Mengoyak tempat persembunyian pembunuh. Dendam agung yang dijulang makin membuak. Manakan tidak, sudahlah Nellisa dibunuh dengan kejam ditepi bangunan bilik guru. Ditolak dari tingkat empat, berkecai otak di atas tanah. Tak cukup dengan itu, ibu dan ayah yang seronok bergelak tawa di dalam kereta disimbah petrol. Dibakar hidup-hidup. Makin tak boleh dimaafkan, apabila satu-satunya waris yang tinggal, Ellyza juga cuba dihapuskan mujurlah, Nellisa sentiasa datang menghalang.

Ellyza menggeleng berkali-kali. Cuba menafikan bicara tak pasti. Dendam membawa padah. Itu yang diucapkan. Itu yang dinasihatkan. Tiada Nellisa mahu mendengar. Bagai hendak terlayang ke udara pabila tiupan angin begitu kuat menyergah tiba-tiba. Seakan mewakili amarah tak bernoktah Nellisa. Hilaian kuat bergema hebat. Kecut perut Ellyza. Agak ketakutan. Bagi Nellisa, hutang darah wajib dibayar dengan darah.

***


Semakin hari, semakin ramai yang bercerita tentang jelmaan Nellisa. Naik rimas Ellyza. Pandangan serong yang dihulur semua orang kepadanya disisih ke tepi. Kononnya buat tak nampak. Tak perasan dengan semua itu. Puan Suhana yang ternampak Ellyza mendaki anak-anak tangga segera pura-pura tersepak baldi berisi air sabun. Sengaja dibiarkan dirinya jatuh tergolek-golek ke bawah. Ada juga yang rela menahan sakit untuk sakiti orang lain. Untuk tampak lakonannya menjadi. Ellyza pandang acuh tak acuh. Jelas lakonan berwayang dimata. Melihat Ellyza yang endah tak endah, Puan Suhana tolak Ellyza ke bawah. Melayang tubuh kecil itu ke udara. Nellisa yang menyaksikan apa yang terjadi segera menyambut badan adik kandungnya. Gaya seperti perlahan-lahan, jatuh ke bawah. Ternganga Puan Suhana. Terpempan melihat. Hatinya panas. Segera dia meraung. Menjerit sekuat hati yang Ellyza menolaknya. Dikatanya Ellyza jelmaan Nellisa. Nellisa bengang. Puan Suhana dihampiri. Menjelmakan dirinya dengan pakaian sekolah berlumuran darah. Dipandang Puan Suhana dengan mata merah dan sebelah otak berjuntai ke bawah berserta darah menitik setitis demi setitis. Puan Suhana tekup mulut. Tekaknya mual dengan bau hanyir yang kuat. Puan Suhana bangun berdiri. Jari telunjuknya menggeletar menunjukkan ke arah Nellisa lantas, langkah seribu dibuka. Merempuh ke bilik guru besar. Mahu mengadu tentang itu. Puan Suhana memang dari dulu bencikan Nellisa. Nellisa yang lebih segalanya daripada murid kesayangannya. Itu membuatkan dengki menempel tebal.

***


Haji Harun selaku guru besar sekolah naik pening dengan telatah Puan Suhana. Hari-hari mengadu hidupnya diganggu jelmaan Nellisa. Kipas di siling diperhati pusingan bilah-bilahnya. Dia teringat kejadian malam semalam yang menghantuinya sampai kini. Nellisa menganggunya. Ya ! Dia yakin semuanya angkara Nellisa. Sangkanya, isterinya yang berborak dengannya di ruang tamu. Menemaninya menonton bola padahal, apabila dia melangkah masuk ke dalam bilik, isterinya sedang lena dibuai mimpi. Beberapa hari sebelum tu, bau hanyir seperti mengikut pergerakkannya ke mana sahaja. Lebih teruk apabila pili air yang dibuka, mengalir darah cair dan bukannya air seperti biasa. Sudahlah sejak dua tiga hari ini, lampu di bilik kerjanya asyik menyala dan terpadam sendiri. Apabila suis utama dihampiri, diperiksa sambungan wayar semua sama seperti sediakala. Melangkah sahaja ke bilik kerja, ‘permainan’ itu berulang lagi. Semua yang dilakukan serba tak kena. Masuk ke bilik air, terasa sepasang mata menikam tajam ke arahnya. Agak menggeletar dengan semua itu, langsung kakinya di atur ke bilik tidur. Ibu jari kakinya terasa dicuit seseorang. Menggigil Haji Harun ketakutan. Itu cerita sebelum ini. Hari ini ? Datanglah jelmaan Nellisa dua tiga orang sekaligus, tiada lagi terkencing seperti semalam. Sengaja di arahkan Ellyza datang ke pejabatnya. Jelmaan Nellisa perlu dihapuskan buat kali kedua. Rancangan jahat diatur untuk kesekian kalinya.

Ellyza naik hairan dengan sikap Haji Harun. Sebelum ini, tidak pernah sekalipun mereka bertegur sapa. Bukan tak pernah dia cuba menyapa tapi Haji Harun dengan Puan Suhana macam dua kali lima saja. Haji Harun ketuk pena ditangan kanan ke permukaan meja. Ellyza yang berdiri dihadapannya direnung dari atas ke bawah. Gugup Ellyza jadinya. Nellisa yang menyedari mententeramkan saudaranya. Dengan pisau lipat tersembunyi dibelakang, langkahnya di atur ke arah Ellyza. Bicara manis cuba dihambur keluar. Nellisa enggan membuang masa. Haji Harun, bapa saudara mereka didesak Nellisa gasak. Rasa ingin tahu kenapa riwayat mereka sekeluarga cuba dihapuskan. Haji Harun ketawa bagai orang jahat sebelum menceritakan perihal iri akan harta yang diwarisi bapa kepada budak berdua itu. Melihat dua beradik yang langsung tidak menyedari niat jahatnya, terus pisau itu menikam tepat ke jantung Ellyza. Namun, Nellisa tidak buta. Dia yang meresap masuk ke dalam badan Ellyza sedari tadi, pantas menolak tubuh adiknya ke lantai. Biar sakit ditolak dari mati dibunuh. Pisau yang terbenam di dadanya ditarik keluar lantas, dilempar tepat ke jantung Haji Harun. Nellisa menggilai kuat. Bangga dendamnya terbalas. Haji Harun yang melihat Nellisa ralit menjulang kejayaan, terus menekan dadanya kuat. Menahan sakit yang amat. Dengan sisa kudrat yang ada, pisau ditarik sekuat tenaga lalu dibenamkan ke jantung Ellyza. Menjerit Ellyza mengucap nama Allah sebelum terkulai lesu. Nellisa yang tadinya terleka menempik bagai orang gila. Meraung sekuat-kuatnya. Dendam yang membara benar-benar membawa padah kepadanya. Nasi sudah menjadi bubur, kini sudah tiada gunanya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TENGGELAMNYA WARNA PELANGI YANG DI REVIEW


sumber : AlongSide

Category: Books
Genre: Romance
Author: Sharina Elisa
Tenggelamnya Warna Pelangi
Penulis Sharina Elisa
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2010
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM20.00
393 muka surat


"Tiadakah warna ceria di penghujung cerita? Suramnya bagaikan tenggelamnya warna pelangi..."


Menghabiskan naskah setebal 393 muka surat ni terasa spt telah membaca sesuatu yg sepatutnya mencecah 600 muka surat! Penulis menghidangkan kisah yg panjang tapi diceritakan dgn pantas dan tidak meleret. Tak sampai sehari aku menghabiskan masa menelek buku ni :)


Kisah Eidena yg ditunangkan oleh arwah kakaknya dgn seseorg yg langsung tidak dikenalinya. Tetapi kepercayaan Eide terhadap Iqlin sgt utuh dan menyerahkan segalanya utk Iqlin tentukan, termasuklah memilih bakal suaminya. Dia yakin Iqlin takkan memilih lelaki yg bukan2 utk dirinya.


Rupa2nya selama ini dia bekerja di bawah pentadbiran bakal suaminya, Izlan Zakrin. Setelah rahsia siapa Izlan terbongkar, Eide cuba menyemai rasa kasih buat Izlan tambahan pula ibu bapanya sgt menghormatinya dan dia pula anak yatim piatu yg rindukan kasih ibu bapa.


Tempoh pertunangan mereka diduga hebat apabila video Izlan dgn seorg wanita diedarkan kepada keluarga Iz dan Eide. Iz sgt takut kehilangan Eide dan sungguh2 menidakkan yg dia bukanlah lelaki dlm video itu. Eide bukanlah wanita yg mudah melatah. Dia bertindak bijak menyelidik video tu dan terbukti lelaki dlm video tu bukan Iz. Iz sgt2 menghargai kepercayaan Eide terhadap dirinya. Dia yakin memilih Eide sbg isterinya. Aku sedikit musykil, wanita mengandung yg mengirim video kepada keluarga Iz hilang begitu saja dan isu ini lenyap begitu saja setelah Eide menunjukkan bukti bhw Iz tukan org dlm video tu. Rasa spt tergantung sedikit part ni.


Kepercayaan Iz pada Eide pula teruji apabila Iz ternampak Eide kelihatan sgt mesra dgn seorg lelaki. Dia terus menuduh Iz dgn kata2 yg melukakan perasaan malah menghadiahkan tamparan sulung buat Eide tanpa usul periksa. Sangat berbeza tahap kepercayaan Iz dlm hubungannya dgn Eide berbanding kepercayaan eide terhadap Iz. Perwatakan Iz dlm keadaan tertekan dan marah berjaya dilakarkan oleh penulis dgn baik. Membuatkan kita pun rasa nak bagi penumbuk sebijik kat Iz tu. Melulu betul! geram aku.


Banyak lagi ujian melanda dan setiap kali kepercayaan Eide makin kukuh, Iz pula mudah melatah dan menuduh melulu. Eide menerima Iz sbg suami tetapi meletakkan 4 syarat utk dipatuhi. Iz akur dan sabar menanti Eide menerimanya sbg suami dlm erti kata sebenar. Tetapi cemburu buta telah membawa Eide pergi jauh dari hidup Iz.


Watak Nazmi yg muncul di beberapa bab terakhir Eide seperti mengisi kekosongan hidup Eide. Nazmi seorg yg percaya pada cinta tetapi syarat keluarganya membuatkan dia terpaksa pergi dari hidup Eide. ni lagi satu musykil. Famili Nazmi boleh benarkan dia bekerja jauh di Malaysia sdgkan keluarganya di Kanada, tapi bila dia nak kawin dgn Eide, famili dia letakkan syarat mesti bawa Eide balik ke Kanada.


Kronologi cerita ini sgt padat dan ada ketikanya 'shaky' dan terlalu pantas. Kadang2 saya blum habis memproses kejadian sebelumnya kejadian baru pula menimpa dan resolusinya spt dibiarkan begitu saja seperti mahu pembaca paham2 sendiri.


contoh macam kes Datuk yg nak 50% share dari syarikat IH dan dua lelaki yg mendakwa arwah kakak Eide meminjam duit mereka. Isu itu ditamatkan dengan hujah dan kata2 Eide semata2 tanpa ada lanjutan mengenai isu itu di tempat lain. Yg part dua lelaki tu mgkin sekadar utk menimbulkan rahsia yg sekian lama terpendam mengenai latar belakang sebenar kakak Eidena yg telah meninggal dunia.


Bagi aku, watak Eide sangat menarik. dia bukan tipikal heroin2 novel melayu. Dia tidak mudah diperkotak katikkan. Bekas teman wanita bakal suaminya yg cuba meremehkan kedudukannya sampai lintang pukang lari dikerjakannya. Background character ini sangat menarik dan terselit misterinya. Tetapi ada plotnya yg sedikit longgar dan kurang dikembangkan utk membina elemen 'believable' buat pembaca.


Cetusan cerita yg tidak membosankan sepanjang kisah ini menunjukkan penulis mempunyai kolobrasi idea yg berterusan dan mampu membina satu cerita yg sgt menarik. Saya berharap dpt membaca lebih banyak lagi karya penulis ini di masa yg akan datang. :)


Sebenarnya saya sangat sukakan chemistry antara Ili dengan Edham. I kinda hoping good ending utk diorang sbb Eide is not lucky in love. Edeh, this is typical me, nak happy ending for everybody. hehe.




Tenggelamnya Warna Pelangi (Tiada Stok) -Stok dalam reprint


KLIK SINI UNTUK BACA DARI BAB1-20


(Dalam Reprint)
HARGA SEMENANJUNG : RM17.00 AHLI KN: RM13.00
SABAH/SARAWAK : RM20.00 AHLI KN: RM16.00
PENULIS : SHARINA ELISA
ISBN : 978-967-5067-48-8

Bahagia hanya sementara. Kecewa perkara biasa. Ketakutan menutupi segalanya. Begitulah kehidupan Tengku Eidena Alaisya. Pertunangan dan perkahwinan yang terpaksa dilaluinya diterima dengan hati terbuka lantas menyayangi si suami sepenuh jiwa sehingga tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Mampukah bunga-bunga bahagia berkembang selamanya?
Izlan Zakrin, sang suami yang tidak tahu menghargai kejujuran dan kesetiaan sang isteri. Puncanya hanyalah salah faham. Tengku Hazryl yang dikejar penjahat, meminta tempat berlindung buat sementara waktu daripada Eidena Alaisya semasa Izlan Zakrin tiada di rumah. Malang tidak berbau, Izlan Zakrin terus menceraikan Eidena Alaisya sebaik sahaja mengetahui isterinya itu ditangkap berkhalwat dengan Tengku Hazryl.
Adakah Eidena Alaisya akan memaafkan dan kembali kepada Izlan Zakrin setelah kebenaran terbongkar? Adakah Eidena Alaisya akan bertemu dengan cinta sejatinya sendiri? Apakah takdir cinta mereka?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bilakah malam LailatulQadar

Bilakah malam Lailatulqadar ?

Menurut Al Qurthubi, pada malam Lailatulqadar para malaikat turun dari setiap langit dan dari sidrotul muntaha ke bumi dan mengaminkan doa-doa yang diucapkan manusia hingga terbit fajar. Para malaikat dan jibril as turun dengan membawa rahmat atas perintah Allah swt juga membawa setiap urusan yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di tahun itu hingga yang akan datang. Lailatulqadar adalah malam kesejahteraan dan kebaikan seluruhnya tanpa ada keburukan hingga terbit fajar

- 10 ramadhan terakhir
- Malam-malam yang ganjil (21, 23, 25, 27, 29 ramadhan)
- Beberapa buah hadis menyatakan malam lailatulqadar (pada zaman Rasulullah s.a.w) pernah ditemui pada malam 21 ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 ramadhan. Rasulullah s.a.w pernah menjawab pertanyaan seorang sahabat mengenai bilakah malam Lailatulqadar ? Jawab baginda adalah pada malam 27 ramadhan. Kesimpulan yang dapat dibuat, malam Lailatulqadar berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain dalam lingkungan 10 malam terakhir ramadhan. Yang pastinya, malam Lailatulqadar adalah rahsia Allah.

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu,”
"Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Tanda-tanda malam Lailatulqadar
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Di dalam sebuah hadith dari Ibnu Umar bahwa beberapa orang dari sahabat menceritakan tentang mimpi mereka Rasulullah saw bahawa Lailatul-Qadar berlaku pada tujuh malam terakhir. Bagi menjelaskan mimpi itu, Rasulullah saw bersabda,

"Aku melihat mimpi kalian bertemu pada tujuh malam terakhir. Kerana itu barangsiapa hendak mencarinya maka carilah pada tujuh malam terakhir.” (Al-Bukhari dalam tahajjud: 1158 dan diulang pada nombor 2015)

Sabda Rasulullah saw,”Lailatul qodr adalah malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari pada hari itu bersinar kemerahan lemah.” Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang dishahihkan oleh Al Bani.

Sabda Rasulullah saw,”Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul qodr lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang. Tidaklah keluar setannya hingga terbit fajarnya.” (HR. Ibnu Hibban)

Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya para malaikat pada malam itu lebih banyak turun ke bumi daripada jumlah pepasiran.” (HR. Ibnu Khuzaimah yang sanadnya dihasankan oleh Al Bani)

Rasulullah saw berabda,”Tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya cerah tanpa sinar.” (HR. Muslim)

Syeikh Yusuf al Qaradhawi mengatakan,”Semua tanda tersebut tidak dapat memberikan keyakinan tentangnya dan tidak dapat memberikan keyakinan yakni bila tanda-tanda itu tidak ada bererti Lailatulqadar tidak terjadi malam itu, kerana lailatulqadar terjadi di negeri-negeri yang iklim, musim, dan cuacanya berbeza-beza. Mungkin ada di antara negeri-negeri muslim dengan keadaan yang tak pernah putus-putusnya turun hujan, padahal penduduk di daerah lain justeru melaksanakan solat istisqo’. Negeri-negeri itu berbeza dalam hal panas dan dingin, muncul dan tenggelamnya matahari, juga kuat dan lemahnya sinarnya. Kerana itu sangat tidak mungkin bila tanda-tanda itu sama di seluruh belahan bumi ini. (Fiqih Puasa hal 177 – 178)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nada hati

Kalau dulu, ayah yang bertungkus-lumus memerah keringat, membanting tulang empat kerat kini, mak pula memaksa diri melakukan kerja-kerja tak kira penat. Andai dulu, abang dan kakak bagaikan lintah darat sekarang menghilang tanpa kelibat. Ayah makin tenat. Kesan merokok tak kira saat.

Bukan aku tak kasihan melihat emak. Bukannya aku sengaja membutakan mata melihat azabnya seorang wanita separuh abad bekerja kuat. Apakan daya ? Aku hanyalah sekadar budak yang bakal menduduki PMR. Walau aku punyai abang dan kakak, sejak mereka menyeksa ayah dan mak, terus aku pacakkan rasa benci yang amat. Kusemai dendam bertingkat-tingkat walau berkali-kali ku cuba mengelak. Rasa marah terbuku padat. Elok-elok, kami punyai rumah untuk berteduh, dikhianati kakak bersifat tamak. Menipu emak bulat-bulat. Rupa-rupanya, rumah itu dijual. Duit dibeli perhiasan hebat.
Agungnya dunia wahai abang dan kakak ? Sanggup membiarkan aku dan manusia yang telah bersusah-payah melahirkan kamu ke dunia ini tinggal di atas lori buruk. Itupun dari ihsan saudara mualaf. Kalau tidak, entah mana kami merempat.

***

Jarum jam sudah mengarah ke angka 3 pagi. Aku masih tekun menelaah bacaan. Kadang-kadang, tersengguk-sengguk juga. Demi nekad mengubah nasib keluarga, ku paksa diri menongkat kelopak mata. Sesekali aku mengerling ke arah emak yang baru saja terlena. Penat seharian bekerja, biarlah malam tidurnya terjaga.

Ayah terbatuk-batuk sambil tangannya memegang dada menahan sakit. Pantas aku berlari mendapatkan ayah. Menghulurkan segelas air suam kepadanya. Belakangnya ku gosok-gosok supaya kurang sedikit rasa sakitnya. Aku sendiri tak pasti betulkah ia. Aku sekadar meniru perlakuan emak sahaja.

Kadangkala, tanpa sengaja air mata yang mengalir pantas diseka. Aku tak betah melihat orang-orang yang aku sayangi menderita sebegini. Andai aku sudah seusia abang dan kakak. Ah, mereka juga yang menerpa kotak akalku ! Ya ! Andai aku seusia mereka, takkan sesekali aku abaikan mak dan ayah sebegini. Kasihannya emak. Kasihannya ayah. Sakit teruk tanpa rawatan apatah lagi ubat-ubatan. Bagaikan sekadar menyerahkan nasib kepada takdir.

Sedangkan makan nasipun seminggu sekali sudah dikira beruntung dan bersyukur inikan pula hendak ke hospital. Mana mampu aku lakukan. Bukan tak pernah aku suarakan hasrat berhenti sekolah. Bukan tak pernah aku cadangkan agar biar aku sahaja yang bekerja, keras emak melarang. Hendak berikan duit biasiswa untuk perbelanjaan lagi-lagilah ditentang. Tegas emak, gunakan untuk pelajaran. Untuk menyambung pengajian. Kadang-kadang, aku turut sama berkeras. Ku gunakan sedikit untuk membeli bahan makanan. Kadang-kadang, macam pencuri aku letakkan sedikit wang dibawah bantal emak. Biarlah aku menipu. Bila disoal aku jawab tak tahu. Itu sahaja yang aku mampu. Maafkan aku.

***

Mendengar tangisan emak yang teresak-esak, aku yang baru sahaja terjaga dari tidur jadi tergamam. Apatah lagi, apabila melihat ayah yang diselimut berbungkus satu badan. Aku menoleh ke arah emak. Aku menoleh ke arah sekujur badan yang kaku tak bergerak.

Innalillah … ayah akhirnya pergi menamatkan derita azab dunia. Ikutkan hati mahu sahaja aku melaung. Mahu sahaja aku terpekik kesedihan tapi sebagai anak lelaki, mana mungkin aku bertindak sedemikian. Aku gosok-gosok belakang emak. Aku titipkan kata semangat. Katakan padanya yang kita semua hanya hamba milikNya. Bila-bila masa akan dijemput kembali kepadaNya. Aku nampak, tangisan emak mulai redha. Alhamdulillah, emak akhirnya redha. Namun, aku nampak masih lagi tangisan kecil bersisa.
Aku tarik nafas sedalam mungkin. Mencari kekuatan berbaki. Aku bangun berdiri. Keluar dari ‘rumahku’. Menuju ke arah rumah Tok Iman. Mengkhabarkan berita pilu ini. Selain saudara mualaf peniaga kedai runcit di seberang jalan, Tok Imanlah yang selalu membantuku. Dialah juga yang memberi semangat agar aku terus tabah menghadapi liku bercabang.

Usai solat jenazah, aku dan beberapa jemaah yang menunaikan solat tadi menuju ke kubur. Mengembalikan asal manusia. Sebak menguasai diri. Aku tahan air mata dari melompat keluar. Kuat. aku ukir senyuman kepada emak. Aku pegang tangan emak. Seakan menyalur semangat. Aku nampak, wajah emak penuh kesedihan tapi emak cuba tampilkan wajah tabah. Aku peluk emak.

Kerana aku dan emak miskin, orang kampung jijik mengikut kami ke tempat pengebumian arwah ayah. Kalau sebelum ini, hendak bertegur sapa mereka tak mahu, hendak melawat orang mati lagi-lagi mereka enggan. Hebatkah sangatkah mereka ? Hina sangatkah aku dan keluarga ? Kerana harta kami dipandang jelik ? Berkain emaskah mereka dipadang masyar nanti ? Dengan harta tak sampai gelaran jutawan mereka mengherdik sinis ? Ah, manusia dimonopoli harta !

Kerana desakan emak, aku pergi ke seberang jalan. Mencari telefon awam. Aku sampaikan berita sedih ini kepada manusia anak derhaka. Ah, abang dan kakak kononnya ! Sudah ku jangka ! Mana mungkin mereka akan kembali ke kampung semata-mata melawat sebuah pusara. Sibuknya mereka mengejar wang dunia. Aku mengeluh. Seringgit dua juga habis diguna untuk menghubungi mereka. Kalau wang itu dibeli garam, kopi dan cuka ada juga baiknya.

***

PMR semakin meniti hari. Debaran terasa tetapi tiada apa perlu dirisaukan. Saban malam, aku mengulangkaji pelajaran. Setiap patah kata, setiap formula bagai digam kemas dalam kepalaku. Aku campak hinaan kawan-kawan sekelas. Biarlah mereka mengejek bila aku mengatakan, aku akan pastikan nama aku akan berada dalam senarai pelajar terbaik PMR sekolah tahun ini. Aku tahu. Aku dengar suara-suara sumbang berbaur sinis dibelakang. Tak luakpun kalau mereka mengata itu ini. Masa depan aku dan emak, ditangan aku. Susah senang aku dan emak bukan tanggungan mereka.
Tarian pena ditangan terhenti bila mendengar emak terbatuk. Hatiku bersarang gelisah. Takut menerpa. Bimbang emak mengikut jejak arwah ayah. Aku perasan. Kesihatan emak yang kian dimamah usia semakin hari semakin teruk. Aku bingung memikir cara. Pada siapa aku boleh meminta bantuan. Menyembuh sakit emak. Siapa yang sudi membantu ? Apakah aku akan kehilangan emak sama seperti ayah tinggalkan aku ?
Dalam kepala berselirat kusut, tanpa sedar aku terlena. Tidurku terganggu pabila tangisan anak kecil diluar ‘rumahku’. Walau sedikit seram, aku beranikan diri. Keluar dari ‘rumah’. Aku kelilingi lori. Anak kecil yang bahunya terhinjut-hinjut menangis aku dekati.

Puas aku memujuk agar tangisannya terhenti. Aku bingung. Bahuku disentuh seseorang. Aku berpaling. Aku lihat emak mendekati budak perempuan yang aku agak berusia lima tahun itu. Emak memujuk. Lembut suara emak. Perlahan-lahan, nada anak kecil itu mengendur.

Laungan azan subuh bergema. Ah, merdu sekali suara tok bilal ! Indah sekali melodi mengejutkan manusia beragama Islam bersembahyang subuh.
Aku kembali fokus kepada anak itu. Aku nampak dia peluk emak. Bila aku bertanya dia membisu. Bila emak yang bertanya, pandai pula dia memberi jawapan. Takut dengan aku agaknya. Matahari sedikit meninggi, emak mengajak aku ke balai polis. Aku menurut patuh. Setelah memberikan keterangan, emak mengajak aku pulang. Anak kecil tadi ditinggalkan bersama seorang pegawai polis perempuan.

***

Hari ini, aku pulang sedikit lewat daripada kebiasaan. Aku habiskan masa di perpustakaan mencari rujukan. Aku nampak dua buah kereta mewah rimas berehat di bawah pohon tembesu. Bersebelahan ‘rumahku’. Aku nampak isteri abang dan suami kakak berpeluk tubuh sambil menjeling kurang senang ke arah aku. Aku buat-buat tak nampak. Apa bala lagi mereka hendak campakkan kepada aku dan emak ? Tak cukup lagi selama ni harta arwah ayah yang mereka kikis ?

Aku nampak emak, abang dan kakak bertengkar. Aku dengar mereka ada menyebut soal tanah. Harta yang bakal dipacak namaku ke atas. Aku terpinga. Aku tak tahu apa-apa. Emak tak pernah memberitahu tentangnya kepadaku.

Aku nampak emak bertegas. Abang menghampiriku. Menarik kolar baju sekolahku. Aku cuba melawan. Tangan sasa abang kuat mencengkam. Aku tak betah melawan. Nafasku sesak. Tercunggap-cunggap. Aku nampak kakak berbisik sesuatu kepada emak sebelum emak menyerahkan sekeping kertas kepada kakak. Aku nampak emak tandatangan sesuatu. Aku tak nampak. Tubuh abang yang menghalang pandangan. Aku nampak kakak mengangguk kepala dengan senyuman kemenangan serentak cengkaman dileherku dilepaskan. Aku abaikan sakit dileherku. Aku segera mendapatkan emak. Aku nampak nafas emak yang tak teratur. Kakak dan abang melompat turun dari ‘rumahku’ dengan hati yang riang. Tak sampai lima minit, aku dengar bunyi bising enjin berlalu pergi.

Ah, jahanam !!!!

Aku bengang ! Kenapa aku masih tak betah membela diri kala ini ? Kenapa aku selalu biarkan air mata si tua mengalir disisi ? Apakah aku langsung tak berguna ?
Suara orang memberi salam dari luar jelas kedengaran. Aku pantas berpaling. Kelibat seorang tua gah berpakaian mendekati lori buruk kediamanku. Aku bingung. Mungkinkah orang tua ini tersesat jalan ?

Dia memperkenalkan diri. Rupanya, dia adalah datuk kepada anak kecil yang aku temui berada di sekitar ‘rumahku’ beberapa hari yang lalu. Anak kecil itu adalah pewaris tunggal segala hartanya. Disebabkan aku dan emak telah menyelamatkan cucunya, dia telah menghadiahkan sebuah banglo mewah kepada aku dan emak. Segala urusan pengajianku akan ditanggung dia dan syarikatnya sebagai balasan. Aku menolak tawarannya. Ya, rugi aku berbuat demikian tapi aku dan emak bukannya mengharap balasan. Sekadar melunaskan tanggungjawab sesama insan. Orang tua itu terus memaksa dan mendesak kami menerima. Emak bersetuju. Kata emak, ia akan menjamin masa depanku. Aku sebagai anak, menurut patuh.

Orang tua itu menyuruh kami segera berkemas. Mengikutnya balik ke bandar. Tanpa banyak alasan, kami menurut. Dipertengahan jalan, aku terkesima. Aku nampak wajah emak pucat. Cepat-cepat, aku menyuruh orang tua tadi memberhentikan kereta. Kereta yang dipandu abang melanggar belakang kereta kakak dan kedua-duanya hancur dihempap kren. Aku bingung. Bingung memikirkan apa perasaan aku tatkala ini. Mahu bersedih atau sebaliknya. Aku menoleh ke arah emak. Emak pamer wajah selamba sebelum menyuruh orang tua tadi meneruskan perjalanan kami ke destinasi baru. Bisik emak kepadaku, itu balasan Allah kepada anak derhaka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS