Bab 1
“ Ini adalah yang terbaik .... yang Rif dapat fikirkan. ... hubungan kita walaupun disulami dengan debunga cinta tapi ... kita tak sefahaman. Setiap kali kita bertemu, kita pasti bertengkar. ...,”
“ Stop it, Zarif !! I don’t mind. If you want it, just do it. I don’t need your explaination,”
“ What do you mean ? .. don’t you love me ? Or you have any special in your life ?”
“ ....,”
Amy Shafiqah mengeluh perlahan.
“ Bye .. enjoy your life and find other special person in your life. .. em .. okey... I have something to do. Sorry for everything,”
Amy Shafiqah meletakkan gagang telefon pejabat perlahan-lahan.
Bahunya terinjut-injut. Air matanya mengalir deras tanpa disedari. Dia menangis sepuas-puasnya.
Kisah cintanya baru sahaja berakhir sebentar tadi.
Kenangan bersama si jantung hati dikenang.
Indahnya saat itu andai dapat diulang kembali.
Pintu biliknya diketuk berkali-kali.
Cepat-cepat, dia menyeka air matanya. Mukanya dilap dengan beberapa helaian tisu dengan perlahan-lahan. Baju kemejanya diperbetulkan. Rambutnya diselak ke tepi telinga. Menampakkan raut wajahnya yang jelita.
Amy Shaqirah menarik nafas.
“ Masuk,”
Haniza melangkah masuk seraya menghulurkan sebuah fail kepadanya.
“ Apa ni ?” Amy Shafiqah menyoal.
Tidak mengerti maksud kehadiran setiausahanya itu.
“ Farida Holding mendakwa syarikat kita membekalkan produk makanan yang sudah hampir tarikh luput kepada pihak mereka. Jadi, mereka mahu menyaman Paradize holding,” Haniza memberi keterangan.
“ Mereka mendakwa yang kita bekalkan produk makanan yang sudah hampir tarikh luput ? Apa yang mereka dakwa ni ? Panggil Asraf jumpa saya sekarang ?”
“ Baiklah, Cik Amy,”
Haniza segera keluar.
Apa yang dah berlaku ni ? Tiba-tiba, saja Farida Holdings buat hal !!
“ Asraf, bos panggil kau,” Haniza memberitahu.
Asraf, ekskutif pemasaran kehairanan.
“ Cik Amy nak apa ? Aku sibuklah sekarang ni,”
“ Manalah aku tahu. Kau pergilah jumpa dia sekarang. Aku tengok angin dia tak baik hari ni. Lebih baik kau pergi jumpa dia secepat yang mungkin. Kalau tak, ... tahu-tahulah kau nanti,”
“ Yalah-yalah. Perempuan ni memang kalau jumpa aku mesti nak marah-marah. Tak boleh ke cakap baik-baik,”
“ Tak baik kau mengutuk Cik Amy macam tu. Walaupun Cik Amy begitu tapi hatinya baik,”
“ Dah, dah. Perempuan memang menyusahkanlah. Lebih senanglah kalau berurusan dengan En Zarif,”
Asraf bangun dari kerusinya.
“ Membebel macam perempuan,”
“ Perempuan ni kalau kita berlawan mulut memang takkan menang,”
“ Hei, kau kutuk-kutuk perempuan ni, .. mak kau tu bukan perempuan ke ? Atau bapak kau yang lahirkan kau ?” Haniza geram.
Asraf terus menuju ke arah pejabat Amy Shafiqah. Malas melayan karenah rakan sekerjanya itu.
Asraf menolak daun pintu bilik Amy Shafiqah.
“ Er .. Cik Amy panggil saya ?”
Amy Shafiqah mendongak. Memandang pekerjanya itu.
Mukanya bengang.
Kecut perut Asraf.
“ Tak reti nak beri salam ?” Amy Shafiqah menegur.
Merah padam muka Asraf. Malu diperlakukan begitu.
“ Saya minta maaf, Cik Amy,”
Amy shafiqah mengangguk.
“ Duduk,”
Asraf menarik kerusi di hadapan Amy Shafiqah.
Amy Shafiqah menyepi. Membelek helaian demi helaian fail yang Haniza serahkan tadi.
Membuatkan Asraf berdebar-debar.
Apalah masalahnya ni ?
“ Er .. Cik Amy ! Ada apa Cik Amy panggil saya ni ?”
Asraf memberanikan diri bertanya.
Amy Syafikah menyandar tubuhnya di kerusi.
Fail yang berwarna biru laut itu dihempaskan di hadapan Asraf.
Asraf memandang Amy Sahfikah lantas, mengambil fail tersebut.
“ Apa ni, Cik Amy ?” Asraf menyoal.
Tidak mengerti, kenapa dokumen itu menyatakan bahawa, barangan yang dikeluarkan oleh Paradize holding sudah hampir tarikh luput.
Terbeliak mata Amy Syafikah.
“ Awak tanya saya ?”
Amy Syafikah geram.
“ Er .. saya benar-benar tak tahu, Cik Amy. Sebelum seseuatu produk dipasarkan, saya telah memeriksanya dengan teliti, Cik Amy,”
“ Kalau macam tu, macammana boleh jadi begini, Asraf ? Awak tahu tak ? Sekarang ni, Farida holding mahu menyaman Paradize holding sebanyak RM 1 Juta,”
Asraf terkejut sakan.
“ Ini tak boleh dibiarkan, Cik Amy. Mereka dah melampau !!”
“ Memang ! Mereka begitu melampau ! RM 1 Juta tu bukannya sedikit. .. saya nak awak periksa semua data-data tu. Kemudian, serahkan kepada saya sebelum tengah hari esok,”
“ Er .. mana sempat, Cik Amy ! Datuk Mokhtar dah suruh saya serahkan dua dokumen penting esok kepada beliau,”
“ It is not my business, Asraf. Itu dah jadi kerja awak, bukan ? Jadi, jangan nak berdalih,”
Asraf terpempan.
Apa jenis manusialah, perempuan ni ? Patutlah saya sekarang belum ada teman lelaki lagi !
“ Em .. saya rasa awak boleh keluar sekarang,”
Asraf bangun. Melangkah keluar.
Amy Shafiqah mencapai kotnya. Kemudian, keluar dari ruang pejabatnya itu.
Selagi dia berada dalam ruang pejabat itu, selagi itulah otaknya tidak tenang.
Ada sahaja masalah yang mencurah-curah datang kepadanya.
“ Amy tak apa-apa ?” Farhan, abangnya menegur apabila melihat wajah adik kesayangannya itu mencuka.
Amy Shafiqah mengangkat mukanya. Wajah Farhan diteliti kemudian, kepalanya digeleng.
“ .. Er ... papa nak jumpa Amy dan abang,”
Amy Syafiqah mengangguk kemudian mengekori Farhan ke bilik ayah mereka.
“ Papa,” Farhan memanggil.
Datuk Mokhtar mengukir senyuman.
“ Ha, dah datang pun kamu berdua. Duduklah dulu. Ada sesuatu yang papa nak bincangkan,”
Amy Shafiqah dan Farhan duduk bersebelahan.
Datuk Mokhtar menutup komputer ribanya.
Wajah Amy Shafiqah dipandang sesekali.
“ Amy ada masalah ?” Datuk Mokhtar menyoal.
Cepat-cepat, Amy Shafiqah mengeleng.
“ Er .. tak ada, papa,”
“ Habis tu, kenapa muram saja ?”
Otak Amy Shafiqah ligat mencari idea.
“ Er ... Amy runsinglah papa. .. Farida holding nak dakwa kita,”
“ Dakwa ? Kenapa mereka nak dakwa kita ?”
“ Mereka mendakwa yang syarikat kita telah membekalkan barangan yang sudah hampir tarikh luput kepada mereka,”
“ Berapa yang mereka mahu ?” Farhan menyoal.
“ RM 1 juta,”
“ RM 1 juta ?” Datuk Mohktar dan Farhan terkejut amat.
“ Ini tak boleh jadi, papa. Kita kena siasat hal ni,” ujar Farhan.
“ Amy dah suruh Asraf periksa data-data tu dan serahkannya kepada Amy tengah hari esok,”
“ Tengah hari esok ?” Datuk Mokhtar terkejut.
“ Asraf kena siapkan dua dokumen esok, untuk serahkan kepada papa. Mana sempat dia siapkan ?”
Farhan membantah.
“ Satu hari ada 24 jam, abang. Kalau Amy boleh buat, kenapa dia tak boleh ?”
Datuk Mokhtar mengeleng-geleng kepalanya.
“ Orang lain berbeza dengan Amy. Amy tak boleh anggap semua orang boleh lakukan apa yang Amy boleh lakukan. Manusia ni berbeza keupayaan, Amy. ... ,”
Amy Syafiqah membisu.
“ Papa tak salahkan Amy mahupun marahkan Amy. Cuma papa kadang-kadang kasihan dengan pekerja-pekerja dibawah jagaan Amy. Amy terlalu tegas dengan mereka,”
“ Kenapa, ada yang mengadu ke, papa ?” Amy Syafiqah menyoal.
Farhan senyum.
“ Amy nikan memang tegas orangnya. Takkan itupun papa tak tahu, Amy ?”
Amy Shafiqah tertunduk.
“ ... Em .. usahlah Amy runsingkan tentang itu. Tahulah papa uruskannya nanti,”
“ Er .. Amy boleh uruskannya papa. .. masalah ni berpunca daripada kecuaian pekerja-pekerja Amy. Jadi, Amy haruslah bertanggungjawab sepenuhnya,”
Datuk Mokhtar mengangguk. Senyum.
Anak gadisnya itu memang bertanggungjawab.
“ Kalau ada apa-apa masalah di kemudian hari nanti, jangan segan jumpa papa ataupun Amy boleh merujuk kepada abang,”
Farhan menambah.
Amy Shafiqah mengangguk.
Sedaya-upaya dia cuba menyorokkan kesedihan di hatinya.
Riak mukanya, cuba diceriakan.
“ Amy yakin, Amy okey ?”
Amy Shafiqah mengangguk.
“ Abang tengok Amy macam tak okey je sejak Zarif pergi ke Paris. Rindu ye,” Farhan mengusik.
Sebak Amy Shafiqah cuba ditahan sebaik mungkin. Dia tidak mahu kedua-dua orang kesayangan itu mengetahui tentang status keadaannya dirinya sekarang.
Amy Syafiqah bangun.
“ Amy nak baliklah, papa. Amy rasa tak sihatlah,”
Farhan kehairanan.
“ Em .. kalau Amy tak sihat, tak apalah. Malam ni, kita bincangkan hal yang papa nak utarakan tadi. Jangan lupa jumpa doktor,”
Amy Shafiqah cuba mengukir senyuman. Hambar.
Amy Syafiqah keluar dari bangunan itu.
“ Amy tu, okey ke papa ? Macam tak okey saja,”
“ Entahlah. Si Amy tu bukannya mahu berkongsi masalah dengan orang lain,”
“ Dia teringatkan Zarif kut, papa. Itulah bila ada dekat sini, bukannya tahu nak berbaik-baik .. , apa yang dia tahu .. bertengkar saja,”
“ Asyik si Amy dan Zarif saja, kamu ni macammana pula dengan Fiya ? Dia dah setuju dengan lamaran kamu ?”
Farhan sedikit segan.
“ Alah, tak payahlah nak segan-segan dengan papa ni. Kamu bukannya ada orang lain lagi selain papa dan Amy,”
“ Han malulah papa. Han malu nak lamar Fia. .. lagipun, Han takut dia tolak lamaran Han,”
“ Apa yang nak dimalukan, Han ? Han kan anak lelaki. Orang lelaki kenalah berani,”
“ Fia tu dua kali lima saja dengan Amy papa. Dia tegas semacam je. Lagipun, ... papa pun sudah Han maklumlah, pegawai polis macam dia tu memang sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Jadi, susah juga nak jumpa dia,”
“ Alah, tu cuma alasan kamu saja. Papa bagi tempoh selama seminggu. Kalau minggu depan, kamu tak melamar Fiya lagi, papa akan pergi meminang terus saja si Fiya tu,”
“ Er .. papa. Janganlah macam ni. Han tak sukalah papa desak Han macam ni. Biarlah Han sendiri yang buat keputusan,”
“ Han nak buat keputusan apa lagi ? Nak tunggu sampai bila ? Nak tunggu sampai dia dikebas orang ?”
“ Eh, papa ni ! Janganlah cakap macam tu. Betul-betul jadi, boleh jadi gila anak papa yang seorang ni,”
Datuk Mokhtar ketawa besar.
noktah cinta 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment