ni first skrip y sy buat .. hahahaha .. gatal2 tgn konon2 nk buat skrip .. rupenye2 menghasilkan sebuah skrip mengambil masa yang lebih lama berbanding menghasilkan novel ..
y ni pun dah lama juga buat .. tapi kalau nak baca, sudi baca .. sila .. sila :)
Permaisuri Asria
Kanda, adinda merayu pada kanda. Jangan berkata begitu. Walaupun anakanda Puteri Parycia cacat dan tidak secantik anakanda Puteri Tanyya, tidak wajar untuk menjadikan itu sebagai alasan membunuhnya. Puteri Parycia adalah puteri kita, kanda. Sanggupkah kanda membunuh darah daging sendiri ?
Tuanku Maren
Diam !!! Titah kanda adalah perintah !!! Keingkaran membawa padah !!!
Permaisuri Asria
Tapi mengapa kanda ? Mengapa anakanda puteri harus dibunuh ? Apakah kesilapannya?
Tuanku Maren
Kanda akan mendapat malu nanti. Pengawal !! Bawa Puteri Parycia ke hutan Khayalan. Hapuskan riwayat Tuan Puteri tanpa meninggalkan sebab bukti tentang kewujudannya.
Pengawal 1
Baik, Tuanku. Patik menjunjung perintah.
Permaisuri Asria
Tidak. Tidak. Adinda yang melahirkannya. Biar adinda yang menjaganya. Adinda akan tinggalkan istana ini. Adinda sanggup tinggalkan semua kemewahan yang ada. Adinda merayu pada kanda. Adinda merayu, kanda. (menangis) ... Adinda tak pernah meminta apa-apa. Andainya masih ada kasih kanda terhadap adinda, perkenankanlah permintaan adinda ini.
Tuanku Maren(marah)
Baiklah. .. tapi adinda harus ingat. Selangkah adinda melangkah keluar, jangan sesekali adinda kembali lagi. .. hubungan kita juga akan terputus. .. dan adinda harus ingat, awas !! Jangan sesekali menceritakan tentang ini kepada sesiapa. Andai adinda ingkar, kanda tak akan berbelas kasihan lagi.
Permaisuri Asria(terus berlari keluar dari istana menuju ke hutan khayalan)
Tetra Paricya 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






2 comments:
tahniah! tindakan yang berani... dan pembaharuan...
terima kasih :)
Post a Comment