eLyNa. Powered by Blogger.
RSS

Seindah pelangi cuti krismas 1

Aril Izwan tarik tangan Suraya Insyirah kalut.

“ Erk, awak ni kenapa ?”

“ Shh .. cepat-cepat ikut je saya,”

Berlari mereka menuruni anak-anak tangga.

“ Ya Allah .. awak ni kenapa ? Tengok tak cukup oksigen saya nak sedut,”

“ Awak bukannya siput sedut nak sedut-sedut nih,”

Aik, meloyar buruks pulak dia ni ?

Makin lama tinggal sebumbung, makin pandai Aril Izwan mengikut rentak Suraya Insyirah.

“ Ya Allah .. Awak buat apa ni ??? Kapal layar, bot, sampan, perahu pun tak macam ni !!!”

Terbeliak mata Suraya Insyirah melihat.

Dengan kulit telur berterabur di atas meja. Itu belum dikira tepung-tepung yang seronok lena di lantai. Belum dikira pekakas-pekakas lain lagi.

Suraya Insyirah pandang Aril Izwan. Dengan selamba, sebaris gigi ditayang suaminya.
Menanti penjelasan.

“ Tolong. Saya. Kemas. Jom !”

“ Erk ?”

“ Sorila, sayang. Saya ingat nak buat birthday’s cake untuk awak .. tapi tak menjadi. Malah, dapur pula yang ..,”

Muka comel ditayang.

Alahai, ciannya my hubby !

“ Dapur pulak yang jadi kek, ya ?”

“ Sori, ya ? Ta..,”

“ Its okey la, awak. Bukan masalah besarpun. Jomlah kemas,”

Senyuman mesra dipamer. Lincah sahaja tangannya mengangkat pekakas yang digunakan. Yang perlu dibasuh diletakkan ke dalam sinki. Yang hanya perlu disimpan, diletakkan ke dalam kabinet.

“ Awak tak marah ? Ni buat saya sayang awak berganda-ganda lagi nih,”

Suraya Insyirah dirapati perlahan-lahan.

“ E’ele kalau awak tak sayang saya nak sayang sapa lagi ?”

Pili air dibuka.

Laju sahaja tangannya membuang kesan planta yang melekat.

“ Aaaaaaaaa !!!”

Menjerit Suraya Insyirah terperanjat pabila pinggangnya dilingkar seseorang.

Geli !

Aril Izwan mengemaskan pelukan dipinggan. Seraya dagunya diparkir elok di atas bahu kiri Suraya Insyirah.

“ Awak, shuuh ! Pi main jauh-jauh. Tadi minta tolong sayakan. Saya tolong awak la ni so jangan ganggu saya,”

“ Erk, sapa ganggu awak ? Tak ganggu pun ?”

“ Ni apa kes main peluk-peluk orang nih ?”

Merona merah wajahnya.
Kahwin dah berbulan-bulan, peluk sikit muka dah macam sos tomato.

Terkekeh Aril Izwan ketawa. Perlahan.

Seronok rupanya menyakat orang !

“ Peluk orang takpekan ? Kalau saya peluk batang pokok ke tu pelik jugakkan ?”

“ Haish ! Pi la main jauh-jauh ! Saya nak buat keje ni,”

“ Saya pun nak buat keje gak,”

“ Keje pekebendenya ?”

“ Kacau awak,”

Terkekeh Aril Izwan ketawa. Mengeleng-geleng Suraya Insyirah jadinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: