*1*
Desiran angin halus cukup membuatkan Ellyza mengigil. Kedua-dua tangan disilangkan ke dada. Memeluk tubuhnya sendiri.
Sesekali, angin menghembus kasar. Menerbangkan sang langsir di jendela.
Kreeek !
Bunyi engsel dan pintu kayu bergesel menyeramkan suasana. Ditambah pula dengan siulan manja burung-burung hantu. Berselang-seli dengan cengkerik yang galak keriangan.
Cepat-cepat, tingkap berpintu itu diselak. Dikunci rapat.
Ellyza menghempaskan badannya ke atas tilam. Hatinya kurang senang. Perasaannya semacam.
Bagaikan ada sesuatu berada di bawah katilnya. Takut-takut, selimut tebal ditarik menutupi mukanya. Dipejam matanya rapat.
Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut
Ash-hadu an la ilaha illa llah
Wa ash-hadu anna muhammada prosulu llah
Aku bersaksi dan berikrar bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi dan berikrar bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah yang terakhir
Semoga malam ini berlalu dengan pantas !
*2*
“ Ellyza, bangun nak ! Bilal sudah laungkan azan. Bangun cepat. Nanti, lewat pula kamu ke sekolah,”
Ellyza mengeliat malas.
“ Elly ngantuk lagi ni mak. Lagi lima minit, Elly bangun, ya ?”
“ Hish, budak ni ! Dah pukul berapa sekarang ni ? Kamu tu kalau bersiap selagi jarum jam tu tak habis ronda satu pusingan takdenya kamu siap. Bangun sekarang,”
“ Yela-yela. Elly bangun sekarang,”
*3*
Dihirup udara sejuk dipagi hari. Nyaman. Tenang.
Perlahan kakinya dilangkah memasuki kawasan sekolah.
“ Assalamualaikum, cikgu,” sapa Pak Dollah, pengawal keselamatan.
“ Waalaikummussalam, Pak Lah. Saya masuk dalam dulu, ya,”
“ Ya lah, cikgu,”
Terus Ellyza melangkah ke dalam.
“ Berani benar cikgu baru tu masuk dalam bangunan tu awal-awal pagi macam ni ? Kita nak masuk ronda-rondapun berteman,” persoal Pak Latif seraya meletakkan motosikalnya disebelah pondok pengawal.
“ Dia tu cikgu baru. Budak baru. Tak tahu cerita, Latif,”
“ Kau perasan tak ?”
“ Perasan apa pulak ?”
“ Cikgu Ellyza tu la,”
“ Ya la, perasan apanya ?”
“ Kau dah lupa kes pelajar mati 10 tahun lepas ? Muka dia sebijik macam Cikgu Ellyza tu,”
“ Hish ! Kau ni ! Ke situ pulak ?”
“ Yelah, sejak dua minggu lepas lagi aku perasan ! Muka dia sebijik dengan macam arwah Nellisa. Aku ingat lagi budak tu. Hari-hari datang melepak dekat sini. Takkan kau dah lupa, kut ?”
“ Pagi-pagi macam ni, kau tak payah nak mengarut, Latif. Bulu roma aku dah meremang dah ni. Aku pernah nampak Cikgu Ellyza tu sembahyang dekat surau sana tu, hah,”
“ Kau ..,”
“ Kau nak cakap yang Cikgu Ellyza tu hantu ke apa ?”
“ Erk ... aku lapar tetiba. Aku keluar kejap. Nak makan,”
Semakin menghampiri bangunan usang itu, derap langkah itu kian mendekat. Ellyza gugup. Langkahnya sengaja dipanjangkan.
Sesekali, kepalanya ditoleh kebelakang.
Kosong. Tiada sesiapa di belakangnya. Malah, di sekelilingnya. Hanya dia berseorangan.
*4*
Kaki kanan mendahului anak-anak tangga. Kaki kiri mengejar pantas. Seakan terbang pula gerakannya.
Pakk !!!
Bahunya ditepuk seseorang. Wajahnya pucat.
Dipusingkan badannya kebelakang.
Kosong !
“ Apa ni ?” gugup suaranya kedengaran.
Astaghfirullah. Kuatkan imanku Ya Allah
Terus kakinya diatur masuk ke bilik guru.
Terkaku jadinya pabila kelihatan sebelah kaki berjuntai dengan tangan berayun muncul tiba-tiba di tempat duduknya. Dipusing kepalanya ke belakang. Mencari kelibat manusia yang lain.
Masih jua tiada sesiapa yang kelihatan.
Dipusingkan kepalanya ke tempat duduknya semula. Kembali sediakala.
Digosok dadanya perlahan-lahan.
“ Ya Allah ..,”
Terus mulutnya terkumat-kamit. Membaca surah Al-ikhlas.
Dari Aisyah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu ia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah akan menciptakan Allah?" Apabila seorang diantara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah ia berkata "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kerana dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya." (Hadis riwayat Ahmad dengan sanad hassan)
*5*
“ Selamat pagi, cikgu,” ucap para pelajar 5 Kekwa.
“ Selamat pagi. Sila duduk,”
“ Terima kasih, cikgu,”
“ Ada sesiapa yang tak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi semalam ?”
“ Siap, cikgu !!”
Bergema kelas jadinya.
“ Untuk kelas kita hari ni, kita akan masuk bab coordination and response. Sebelum saya ajar kamu, saya nak semua baca dan faham serba sedikit tentang apa yang dimaksudkan dengan coordination dan apa itu response,”
Kelas menyepi. Masing-masing tekun membaca.
Ellyza melabuhkan punggung ke kerusinya. Diperhati keadaan sekeliling. Ada yang sedang leka membaca. Ada yang asyik membelek helaian demi helaian. Ada juga yang membaca kemudian, melakarkan sesuatu di atas kertas.
Matanya terpaku pada salah seorang pelajarnya.
Betul-betul dihadapannya.
“ Adnin, kenapa tak baca apa yang saya suruh ?”
“ Saya dah baca tajuk ni semalam, cikgu,”
“ Oh, jadi apa yang kamu faham ?”
“ Tajuk Coordination and response ni terbahagi kepada empat bahagian utama. Nervous system, plant hormones, endocrine system and homeostasis. Under nervous system tu ada Central nervous system or also call as CNS, peripheral nervous system or PNS and types of neurons. CNS include spinal cord and brain. Brain have cerebrum, cerebellum, medula oblongata. PNS have cranial and spinal nerves. The neurones are interneurone, afferent neurone and efferent neurone,”
“ Good. Awak ingat apa yang awak baca. Ada mind map ? Saya nak tengok ?”
Adnin menggeleng.
“ Kenapa tak buat ? Kalau awak nak tau, kalau awak baca, awak faham and then awak buat mind map, awak akan mudah ingat apa yang awak baca lagipun, bukankah ia memudahkan awak untuk ulangkaji ?”
“ Saya tak suka buat benda-benda macam tu, cikgu. ..,”
Terpaku mata Adnin di satu sudut. Wajahnya berubah pucat tiba-tiba.
Ellyza memusingkan kepalanya. Memandang ke arah yang sama. Riaknya turut berubah. Cepat-cepat, riaknya dikawal.
Dipandang ke arah Adnin yang masih lagi kaku ke arah itu.
“ Awak pandang apa tu, Adnin ?”
“ Hah ?”
“ Tak ada apa-apa, cikgu,”
“ Hmm .. sudahlah pandang kat luar. Tak ada apa-apapun saya tengok. Lebih baik tumpukan pada SPM. Tahun ni, SPM ni yang tentukan hala tuju hidup awak,”
“ Cikgu nampak apa yang saya nampak tak ?”
Soal Adnin hampir berbisik.
“ Saya nampak pokok je kat luar tu,”
“ Ada ‘benda’ kat luar,”
“ Merepeklah awak ni,”
“ Cikgu nak tahu tak ?”
“ Tahu apa ?”
“ Sekarang ni, semua orang dah kecoh bercerita,”
“ Cerita ? Cerita apa ?”
“ Bangunan ni, tapak sekolah ni, pernah ada kes bunuh. 10 tahun lepas,”
Seriau Ellyza jadinya.
“ Oh ! So ?”
“ Cikgu tau, arwah yang mati terbunuh dari tingkat empat tu, muka dia, sama dengan cikgu,”
“ Hish, awak ni ! Takut-takutkan saya ke apa ni?”
“ Saya bagitahu je kat cikgu. Manalah tau cikgu nak ..,”
“ Dah-dah ! Tak payah mengarut. Okey, class. Our topic is coordination and responses,”
Suara Terakhir 1-5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






3 comments:
Jalan cerita leh dikembangkan lagi ... nak idea ?
terima kasih tapi ni hanya cerpen touya :)
ap2 thanks coz bce :)
Post a Comment