eLyNa. Powered by Blogger.
RSS

Suramnya Mentari part 1

*1*

Salwa Atirah mencebik angkuh. Gadis kampung yang baru sahaja melakukan pembentangan didepan kelas, mendapat tepukan gemuruh.

Apalah sangat presentation macam tu ! Huh !

Benci benar dia dengan gadis bernama Ifi Natalia. Nama macam orang bandar padahal budak kampung kolot.

“ Pandai adik kau !” puji Farid.

Wekkk !!!

Nak termuntah Salwa Atirah mendengar.

“ Eee .. pleaselah ! Bosan aku dengar ! Tekak aku ni geliii tau bila kau cakap adik .. eeee ! Dia anak ayah aku ! Bukannya anak mak aku !!!”

“ Alah ! Anak ayah kau, adik-beradik kau lah !!!”

“ Apakehalnya ! Stop nonsense okeyy !!!!”

“ Woooww ! Princess Salwa dah marah !”

“ Salsa okey ! Apa ni Salwa-salwa ? Eeee .. so kampunggg okeyyy !”

“ O-k-a-y,”



*2*

Leka benar dia menelaah di bilik bacaan.

Huh ! Saja nak tunjuk rajin kat depan papa dan mamalah tu ! Macamlah papa dan mama hadap sangat nak puji kau kan ?

Sengaja dia melangkah masuk ke dalam.

Di capai buku di rak paling atas. Sengihan sinis dilempar ke arah Ifi Natalia. Ralit benar gadis itu menyiapkan nota ringkasnya.

Berdebuk !

“ Ya Allah ! Sakitnya !”

Automatik Ifi Natalia memegang kepalanya. Mananya tidak. Buku biologi setebal 4 inci menghempak kepalanya.

“ Opsss .. Aku tak sengaja, Natalia ! Kau okey tak ni ? Nak aku panggilkan mama ke ? Or papa maybe ?”

Soal Salwa Atirah cemas.

Dikalih pandang ke arah kakak tirinya.

“ Its ok, Atirah ! Aku tahu kau tak sengaja,” ujarnya seraya menggosok-gosok kepalanya yang masih terasa sakit.

Pandangan matanya segera beralih ke arah buku Chemistry. Bacaannya disambung.

“ Oo .. aku minta maaf. Aku ‘tak sengaja’,” ujarnya seraya senyum sinis.

“ Tak mengapa !”



*3*

Menjerit guruh di langit. Berlumba-lumba hujan turun mencurah.

Mengigil Ifi Natalia. Hari ini, dia terlewat bangun.

Encik Marwan dan Puan Salmah sudah bergerak ke tempat kerja. Kelibat Salwa Atirah dengan skuter merah jambunya juga tiada.

Ifi Natalia garu kepala. Macammana hendak ke sekolahpun dia tak pasti. Sudahlah baru seminggu dia datang ke bandar itu.

Ingatannya terlayang ke kampung. Tempat dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang seorang ibu.

Teringat akan arwah ibunya yang setiap hari menghantar dan mengambilnya pulang ke sekolah.

Setiap hari menyediakan sarapan untuknya walaupun sekadar sekeping roti sehari yang menjadi hidangan.

Namun, segalanya menghiburkan. Segalanya mampu membuatnya bahagia. Meskipun, tidak berbumbungkan siling di bilik tidur, tidak berdinginkan aircond tetapi limpahan kasih sayang yang memenuhi setiap inci pondok usang milik dia dan ibunya cukup membahagiakan.

Di sini .. di kediaman mewah milik saudara tirinya, segalanya hipokrit. Bukannya dia tak tahu nak mentafsir jelingan tajam yang dilemparkan Puan Salmah saban hari. Bukannya dia tak tahu nak menilai senyuman sinis Salwa Atirah. Bukannya dia tidak tahu nak menterjemahkan wajah beku Encik Marwan.

Semua yang terpamer hanyalah sebuah kepura-puraan.

Mengapa dipaksa hadirnya dia ke kediaman itu andainya kehadirannya bagai melukut ditepi gantang ?

Bagaikan menyusahkan semua ? Bagaikan memalapkan suasana !

Ifi Natalia mencampaknya helaannya keluar.

Ikutkan hati, mahu sahaja dia hidup sendirian di kampung. Mengabadikan kenangan bersama arwah disana. Rasanya lebih indah warna hidupnya daripada terkurung si situ.

“ Asyiknya awak termenung ? Cepatlah ! Tak nak pergi sekolah ??” jerit Farid di luar pagar.

Terpinga-pinga Ifi Natalia jadinya.

“ Er .. tak susahkan awak ?”

“ Tak adalah ! Saya kawan Salsa. Awak adik dia. So, saya kira awakpun macam adik saya,”

“ Oh, ok !”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: