eLyNa. Powered by Blogger.
RSS

Bila Malam Berbisik

*prolog*


Ilya Suhana sekadar memerhati. Ruang hingar yang menjerit. Suasana yang bising mengalahkan pasar borong mencabar kesabarannya.

Sakit betul hati melihat ketidakpuasan yang ditimbul ibu dan bapa saudaranya. Apatah lagi, ditambah dengan amukan si tua bergelar atuk.

Semuanya tunjuk belang pabila soal harta diungkapkan. Lupa maruah diri yang diinjak.
Ilya Suhana pandang ahli-ahli keluarga. Masing-masing, menuntut hak. Baik yang muda mahupun yang tua. Tidak mahu ketinggalan.

Ah ! Sebab harta manusia mudah lupa
Sebab harta jiwa manusia serapuh kaca
Sebab harta manusia sanggup membunuh saudara

“ Aku suami dia !!! Aku ayah kamu semua !! Ayah tak kira !! Separuh daripada harta arwah mak kamu jadi milik ayah !!!”

Ibrahim lantang bersuara.

“ Ayah ! Mana boleh macam tu ! Tak adil !” Pak Long membantah.

“ Bahagi sama adil ! Alia tak setuju separuh dari harta mak ayah ambil !”

“ Mana boleh sama rata !” serentak Pak Long dan Atuk bersuara.

Ilya Suhana picit dahi. Sorotan mata menghala ke arah emaknya, Irma Hazmi. Wanita separuh abad itu hanya mendengar tanpa sebarang bicara.

Ilya Suhana bangun. Mengatur langkah ke beranda. Udara dingin di waktu malam menyapa pipinya.

Rasa tenang sebentar.

“ Kita bahagi ikut Islam !” Pak Long mengutarakan cadangan.

“ Ayah tak setuju ! Hak ayah ! Mak kamu dah janji !”

“ Tak ada saksi ! Alia tak dengar dan abang longpun tak dengar !”

Bagai anjing dengan kucing. Asyik bertengkar sejak petang tadi. Kejap ayat ‘aku tak setuju’. Bingit telinga mendengar.

“ Separuh daripada harta tu hanya dapat kalau mak tak ada anak atau cucu daripada anak lelaki !!”

“ Apa ayah peduli !”

Arghhhh !!!!!

Tertekan Ilya Suhana jadinya. Disumbat earphone ke telinga. Kuat. Maximum volume !
Korang nak berbunuh sama sendiri silakan ! Nanti, aku siapkan kubur sorang satu ! Bawaklah semua harta arwah masuk kubur !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: