eLyNa. Powered by Blogger.
RSS

EP1 - AKU SEORANG BLOGGER

Matahari mula terasa penat berjaga siang. Bulan pula datang menyambung tugasan. Bintang beratur berkerlipan. Burung hantu datang menyambung urusan. Siualan cengkerik menyanyi riang. Unggas-unggas hutan berpesta keseronokkan. Keluhan dilempar tanpa hambatan.

Ilya Suhana termenung panjang. Menyaksikan indahnya ciptaan Tuhan. Gagahnya langit tidak bertiang. Perkasanya tumbuhan tiada tumbang. Bergoyang pepohon kecil ditiup angin yang menari senang. Bayu malam menderu seram.

Ilya Suhana dongakkan kepalanya ke atas. Berarak sepi si awan putih.

Sesekali rambutnya berterbangan ditiup angin. Kembali diselitkan dibelakang telinga. Sejuk pipinya pabila disapa. Menggigil ia seketika.

Fuh ! Sejuk !

Kalah duduk dalam peti sejuk !

Prak !

Bunyi ranting patah kedengaran. Derap langkah seseorang. Cepat-cepat, tangan kanan dan kiri menutup daun pintu kayu. Diselak ke atas dan bawah. Dikunci rapat. Berdesup langkahnya. Menuju ke bilik. Bagai terbang sahaja pergerakannya.

Laptop apple masih lagi setia bercahaya di atas tilam pocket spring 10 incinya. Masih lagi gagah bersengkang mata. Entri mayat bangun kembali ditatap sekilas. Sendiri cari nahas ! Penakut tak boleh blah, awal-awal dah rasa nak mengalah. X5-01 miliknya dari tadi on dan off sendiri.

Ilya Suhana silang tangan ke dada. Memeluk tubuh. Perlahan-lahan, punggungnya dilabukan dibirai katil. Melunjur kaki ke bawah. Terasa kakinya menyentuh sesuatu. Halus dan lembut. Bau busuk datang menyapa tiba-tiba. Berselang-seli harumnya kasturi. Ilya Suhana pucat. Bagaikan jantungnya berhenti mengepam darah. Nafasnya tersekat. Suhu bilik berkurang tiba-tiba. Desiran angin perlahan kedengaran. Ilya Suhana beranikan diri. Perlahan-lahan menjenguk ke bawah. Lehernya ditundukkan.

“ Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!!!!!”

bersambung di EP2-AKU SEORANG BLOGGER
DETAIL SEGMEN MARI MENYAMBUNG CERITA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

25 comments:

i am S!L4H.. said...

wahhh ad slot novel ke kt cni?heee

wath said...

yeaaaaa!!!episod 1 da keluar. hihihi..

aza shafiza said...

ooohhh...takotnye sy nk sambung nnt.takot cite terabor....

Fariq said...

wah,,, best ni,, nak gi kelas dulu, balik nanti baca deh,, aku lak yg seram nak sambung,, huu

Jejaka Terhangat said...

mak aih...memang dasar penulis novel..gaya penulisan yg superb..setiap perkataan dan ayat dapat dihayati oleh pembaca dengan penuh gementar..

hehe, tah pape komen..pepepon nice cik elyana..thumbs up..=)

eQuRlz said...

xsabar nak baca sambungannye...hakhak

►AdamXis◄ said...

wow...he3.pandai nye eLyNa...mesti slalu dpat A dalam karangan nie...goodjob...baguslaa segmen fariqscorpio nie...makin kreatif laa semua peserta...leh terbit novel nnt

My recent post ►Totorial : Tips Tingkatkan Follower

The Crow Empire said...

Peh! best! Elina mmg berbakat dalam bidang penulisan ni. Bagus2. err.. order pantun saatu! heheh..

(^__^)

echah mashuri said...

perghh..takut ah nak sambung.ahhah..;p

elyna said...

terima kasih sume :)
silah: yup .. kumpul sume karya sy kt sni :)
wath: tgu epi 2, fariq bt
aza: hehhe .. bile yr turn ?
fariq: hahaha :p
JT: erk x de la .. ak pn still bljr mnulis lg ..
equrlz :tgu y fariq pnye lak
adam: hahaha .. krngn n novel@cerpen x sme :)
echah: bile yr turn ? :)
thanks all :)

elyna said...

the crow : order pantun ?
hahhaa .. pantun pe ?
x pndi pntun2 hehe

Siti Safiyyah said...

mak aihh dah macam novel dah ni..hehe, kreatif kreatif..tak sabarnak tengok macam mana fariq nak sambungkan cerita ni..haha ;)

aza shafiza said...

sy punye turn second last.nasib baik bukan penutup,klo tak mesti hancor punye....huhuu....echah,sama la sy....jd seram sejuk plak nak sambung,sbb pembukaan pon da gempaq kan??

Fina Fento said...

wauuu...sangat sangat sangat menarik penulisan kamu..saya no. 4 entah macam mana la nanti huhu..

eiela said...

uish,,takutnya nak menyambung.. terbaik..

Latest Entri :
Wow, Nenek Glamour Yang Bergaya

Solihin Zubir said...

perghhh..
intro awal2 lagi mebuatkan aku takut nak cari idea nk smbung cita ni nnt..
sastera tinggi btol.. heheh..
tahniah!
x sabar nk tggu apa yg fariq nak smbung.. ehehe...

Fariq said...

okay dah publish episod 2.. http://www.fariqscorpio.com/2011/01/ep2-aku-seorang-blogger.html

mOoN said...

wow....hehehehe...best2...x sabar tiba turn me...:p

rossoneri said...

wahhhhhhhh bagusnya ayat2 kamu

Fariq said...

jgn lupa link kan episod 2 di entri ni ye.. =)

elyna said...

da linkkn :)
thanks all :)

PriNceghOstz said...

mujurla time angin tiup tu rmbot tidak terbang ikot skali..haha

SyedGraphiX said...

wahh.. menarik2. hehehe

CIK TOM said...

dahsyatnya intro....huk3...

AISHA INANI said...

EPISOD 18 (penutup) telah siapp!
yeahaaa.. jempot baca! hee..

http://aishawhatever.blogspot.com/2011/02/episod-18-aku-seorang-blogger-penutup.html