eLyNa. Powered by Blogger.
RSS

Epilog Memori part 1

*1*

Terpaku Fadila kebisuan. Terkedu dengan tindakan di luar jangkaan. Penat menghitung hari. Detik yang kian berlalu pergi.

Fadila renung orang-orang di tengah sawah padi. Kaku ditiang kayu.

Keluhan berat dilepaskan perlahan.

Hidup sendirian. Tanpa teman. Tanpa sesiapa.

Sepuluh tahun dia merantau ke negara orang. Sepuluh tahun ceritera berlalu. Sepuluh tahun !

Fadila toleh ke kiri. Rumah kayu usang yang sekadar menunggu masa untuk rebah ke bumi.

Yup !

Disini tempat dia membesar.

Penuh kedaifan !

Penuh kesengsaraan !

Tiada kegembiraan. Kelahirannya sebagai anak tak sah taraf begitu menjijikkan mata yang memandang. Kehadirannya didunia hanyalah sebagai suatu beban.

Tapi berdosakah dirinya dilahirkan kedunia ?? Salah dirinya ???

Fadila raup mukanya kasar.

Ibu .. ayah .. ketika muda langsung tak gunakan akal fikiran yang waras. Hanya tahu memuaskan nafsu. Mengikut gelora remaja. Bila musibah menimpa, muntahan cacian dilempar.

Penat didera. Letih dicerca.

Dia nekad larikan diri. Genap usia 18 tahun.

Biarlah ! Biarlah dia tak punyai sesiapa andai 18 tahun yang dilalui terlalu menyeksakan. Dia masih ingat betapa kejamnya si ibu pabila dia tak dibenarkan menyentuh walau sedikitpun makanan selama seminggu. Gara-gara dirinya difitnah orang kampung. Menghasut si ibu.

Ah ! Peritnya melalui kehidupan ini. Terlalu payah untuk bernafas. Saban hari, sebatan rotan menjadi hidangan. Bagaikan dia alat lepaskan kemarahan. Boleh disepak terajang.

Kenapa manusia begitu kejam ? Kenapa manusia langsung tak berperikemanusian ?

..

Sekarang ibu .. ayah meninggal dunia. Entah bila. Sepuluh tahun dia meninggalkan kampung. Memutuskan hubungan dengan keluarga. Ah ! Layakkah mereka di gelar ayah ? Digelar ibu ?

Astaghfirullah .. berdosanya aku berkata begitu ..

Sesungguhnya seburuk-buruk layanan mereka terhadap aku, mereka tetap orang yang melahirkan aku. Orang yang memberi aku peluang untuk aku belajar mengenal warna dunia.

.. andai begini nasib menimpa, aku lebih rela tak dilahirkan .. aku sekadar seorang perempuan .. terlalu lemah untuk memikul bebanan herdikan.

Ya Allah ..

Kematian mereka benar-benar membuat aku jadi keliru. Entah perasaan apa yang patut ada ? Aku tak tahu. Aku tak pasti ..

Bagaikan terbebas dari penjara .. tapi kini aku sendirian di dunia ..

Ah ! Dulu ada mereka aku ibarat sendirian cuma ..

Argghhh !

Fadila tekup kepala kuat. Ditunduk ke kepala lutut.

Tertekan. Berlawan dengan jiwanya sendiri.

Hendak mengalirkan air mata ? Ah ! Penat ! Kalau dulu, ya ! Sekarang ? Dah kering kontang !

“ Assalamualaikum,”

Sapa satu suara dari arah belakang.

Fadila tarik nafas dalam. Cari kekuatan.

“ Waalaikumussalam,” balas Fadila seraya menoleh.

“ Cik ni siapa ? Buat apa kat sini ? Nampak macam cik ni bukan orang sini,”

Tanpa balasan, sekadar bibir mengulas senyuman.

“ Fakrul. Awak dah tak kenal saya,”

Mendatar nadanya.

“ Eh, awak tahu nama saya ?”

Fakrul menyoal kehairanan. Wajah si gadis direnung sesaat.

Rimas pula Fadila jadinya. Tudung dikepala yang senget ditiup angin dibetulkan.

“ Ila ???? Fadila ??”

Teruja benar suaranya kedengaran.

Ila ?

Makin pedih hatinya mendengar panggilan itu.

Ila ! Dah lama mati !!

Yang ada hanyalah Isya !! Yup ! Isya Fadila ..

“ Tolong .. jangan panggil dengan nama tu lagi .. panggil saya Isya ..,”

“ Kenapa ? Ila .. hal tu dah lama berlalu !”

Fakrul disebelah dijeling sekilas.

Ah ! Mudahnya menutur kata.

“ Sekali lagi awak panggil saya dengan nama tu, jangan harap saya mengaku awak kawan saya lagi !!” tegas amat kedengaran.

Bagai terkena renjatan jejaka bernama Fakrul.

Isya Fadila .. awak dah berubah ..

“ Ba .. baik .. Isya ..,”

Fadila diam. Membisu seribu perkataan.

Suasana menjadi tegang.

“ Maaf ...,”

Sepatah. Keluar dari bibir jejaka itu.

“ Hmm ?”

Pandangan ditoleh.

“ So, sekarang ke mana hilang ? 10 tahun. Langsung tak dengar cerita,”

Mood ceria cuba digorak.

“ Ada .. tak hilang .. study .. UK ..,”

“ Study course apa ?”

“ Medic ..,”

“ Mana cekau duit ?”

“ MARA ..,”

“ Oh !”

“ Dah kawin ?”

“ Hmm .. saya ? Kawin ?”

Ketawa paksa dilontar sengaja.

“ Saya mana layak kawin, Fakrul ? Tak ada manusia nak beristerikan saya. Nak menantukan saya. Saya tahu taraf saya. Saya sedar saya tak layak untuk sesiapa .. dan saya cuba ..,”

“ Awak tak terfikir ke nak berkeluarga sendiri ?”

“ Keluarga ? Cam bagus je bunyinya ..,”

Penuh dendam ..

“ Isya .. lupakan hal lalu .. mulakan dengan yang baru ..,”

“ Bercakap tak semudah bertindak, ..,”

Fakrul hela nafas. Panjang.

“ Saya tahu betapa deritanya awak, Isya .. walau awak tak pernah bercerita ... tapi saya tahu .. saya nampak .. saya dengar .. esakan .. bisikan hati awak ...,”

Ah ! Manisnya bicara lelaki !

Fadila bangun tiba-tiba.

Berdiri. Melangkah ke arah kereta.

“ Nak pergi mana ?”

“ Balik !”

“ Balik ? Balik mana ?”

“ UK ?”

“ Hmm .. hotel .. minggu depan baru balik ke UK,”

“ Hotel ? Membazir jelah awak ni. Mai umah saya. Tumpang kat umah saya,”

“ Terima kasih. Tak elok rasanya anak gadis bermalam di rumah lelaki,”

“ Ala, bukannya saya sorang-sorang je kat rumah tu. Mak ada. Ayahpun ada,”

“ Maaf ! Saya minta diri,”




*2*

Sepuluh tahun ... perpisahan ..
Mengubah segalanya ..
Gadis itu .. beku jadinya ..

Fakrul tenung bulan dilangit.

Cantik !

Bersinar terang.

Lantas saja matanya terbayang si gadis ayu ... suatu ketika dahulu. Isya Fadila. Pemilik nama seindah rupa.

28 tahun .. selama itu gadis itu menyemai derita. Mahu sahaja didakap. Diseka mutiara kaca. Ah, apakan daya. Siapalah dirinya ?

Sejak dulu, perasaan itu dibaja dalam taman hati. Ikhlas memperisterikan si gadis jelita tak kira apa tarafnya. Gadis itu langsung tiada salah. Bukan silap percaturan hidupnya.

Sayang .. gadis itu semakin menjauh kini. Semakin sukar digapai.

“ Jauh anak mak termenung ?”

Sapa si ibu tiba-tiba.

Fakrul toleh ke kiri. Si ibu tegak berdiri.

“ Mak .. kalau Fakrul nak kawin ..,”

“ Hah ? Nak kawin ? Dengan siapa ??”

Terperanjat. Terkejut. Teruja.

Berbaur.

“ Ila ..,”

“ Ila ? Ila mana ?”

“ Ila ... kawan satu sekolah Fakrul dululah mak. Anak Mak Safiah ngan Pak Daus tu,”

“ Anak haram tu ???”

“ Mak !!”

“ Jangan harap !!! Mak tak setuju !!!”

Terus kaki si ibu menapak keluar.

Kejamnya, mak ... sampai hati mak cakap Ila macam tu ! Ila tak pernah diminta lahir macam tu, mak !!

Sakit amat hati lelakinya.




*3*

Awal-awal lagi, kakinya menapak keluar. Berjoging !

Dulu ! Selalu dia dan Fadila bersenam di situ. Setiap hujung minggu. Gelak tawa gadis itu, benar-benar memukau pandangan matanya.

Kini ? Ketawa ? Ah, jauh sekali .. ukiran senyuman penuh paksaan .. bagai sembilu tajam menoreh hatinya pabila senyuman plastik itu diukir semalam.

Perlahan-lahan, lariannya terhenti.

Melilau matanya mencari kelibat. Siapa tahu ? Jumpa puteri ais kat situ. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Ila !!

Manis berbaju putih berseluar hitam. Senyumannya melebar ke telinga. Perlahan-lahan, kakinya memulakan larian. Mendekati si gadis idaman.

“ E’eh Isya ? Tak sangka kita jumpa kat sini,”

Fadila jeling sekilas. Automatik, larian terhenti.

“ La, kenapa berhenti. Jomlah joging sama-sama,”

“ Dari tadi saya keliling padang ni. Saya nak pergi sarapan. Lapar,”

“ Oh ! Sayapun belum sarapan. Jom,”

Fadila mengeluh perlahan.

Fakrul sekadar tersengih. Tayang muka tak tahu malu.




*4*

“ Hmm .. Isya .. hmm .. saya .. hmm ..,”

“ Apa dia ? Cakap jelah,”

“ Saya suka awak,”

Laju ayat itu meluncur dari bibir merah. Bukti tak merokok.

“ Dah tu ?”

“ Saya nak kawin dengan awak ?”

“ Tak lawak !”

“ Saya memang tak buat lawak !”

“ Hmm ..,”

“ Saya bagi awak masa untuk fikir ..,”

“ Tak payah. Saya tak nak !”

“ Isya, fikirlah dulu. Saya tak paksa awak terima saya. Saya ..,”

“ Good ! Awak cakap, awak tak paksa saya so, tak perlu cakap apa-apa lagi. Saya tak nak kawin. Tak nak kawin dengan sesiapapun,”

“ Sampai bila, Isya ?? Takkan seorang perempuan tak nak ada keluarga sendiri ? Tak nak perhatian dan kasih sayang dari seorang insan bernama suami ?”

“ Huh !! Keluarga ! Keluarga ! Keluarga !! Please !!! Ok ! Jangan cakap pasal keluarga depan saya !”

“ Isya, sampai bila ?”

“ Awak jangan desak saya boleh tak ? Sudahlah ! Saya nak balik !!”

Ditolak kerusi ke belakang. Berdiri. Terus menuju ke arah Honda Civic putih miliknya.

“ Isya !! Tunggu !!”

Tanpa menoleh, diloloskan diri ke dalam perut kereta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

korro suffian said...

hrmm. very impressive intro...

tapi i boleh agak dugaan semakin beratmabh..lebih-lebih lagi sesudah mereka dah berkahwin.

sharina elisa said...

no komen :siul

redzuan said...

best, sambunagan part 2 nye
bila nk publish elyna.
nk baca ni :)

TIPS SEO : Cara Mendaftarkan Blog Di Search Engine Google, Yahoo, Bing, dan AOL Search