eLyNa. Powered by Blogger.
RSS

Cahaya Pelangi



KOMUNITI ENOVEL




*1*

Untukmu Safiya ..

Sekadar kata maaf mampu ku ucap untukmu. Aku bukan ditakdir untuk dirimu. Aku tak pernah mencintai dirimu. Sayangku padamu sekadar mengisi kekosongan hati. Lantaran ruang dihati disiat kejam bekas isteri. Dirimu pula ku jadikan galang ganti. Ku permainkan hati wanitamu.

Sungguh ! Benar ! Aku tak pernah menyayangi dirimu sebagaimana menyayangi bekas isteri. Aku takut untuk jatuh cinta padamu. Aku takut diriku dikecewakan lagi sekali.
Aku menyayangi dirimu kerna aku tak punyai sesiapa lagi untuk disayangi. .. dan juga untuk penuhi kehendak hati. Dendam seorang lelaki.

Maafkan aku kerna permainkan, persiakan cintamu …

~Amir~


Kertas putih bersih dikoyak penuh perasaan. Bercucuran mutiara jernih merembes keluar. Mengalir sungai duka. Kejam benar lelaki itu. Lelaki yang dikenali sejak dua tahun yang lalu.

Separuh mati lelaki itu dicintai. Akhirnya, diperbodoh begini.

Ya ! Lelaki itu pernah berkahwin. Tiga tahun yang lalu tapi tak pernah ditanya mengapa mereka berpisah. Kenapa mereka bercerai ? Terlalu peribadi fikirnya.
Mengapa terlalu kejam tindakan ? Andai tiada cinta untuk diberi mengapa diberi harapan menggunung tinggi ? Mengapa dendam lelaki membunuh rasa dihati ?

Ah !! Aku tak boleh lemah begini ! Lantak dia ! Kalau dia boleh lupakan aku semudah menyebut ABC, aku juga boleh !

Nekad di tanam dalam diri.

“ Fiya, ayah kamu dah balik belum ?” laung Hajah Maimunah dari dapur.

“ Sudah, mak ! Ayah ada kat bangsal. Tengah berketam agaknya,”

“ Ajak ayah kamu tu masuk dalam rumah. Sakit pula orang tua tu nanti terhidu habuk-habuk kayu. Bukannya kamu tak tahu yang ayah kamu tu alergik dengan debu !”

“ Baik, mak,”

Intan Safiya bangun berdiri. Perlahan menuruni anak-anak tangga. Berjalan menuju ke arah bangsal. Lemah si ayah terbatuk-batuk jelas kedengaran.

“ Ayah ! Ayah, masuk dalamlah. Sini banyak habuk,”

Ajaknya seraya menggosok-gosok dada si ayah.

Haji Mahmud tersenyum. Diangguk-anggukkan kepalanya. Beriringan dua beranak itu melangkah.

“ Allah,” ucap Haji Mahmud dengan suara tuanya sewaktu memijak anak tangga pertama. Lemah kepala lututnya mendaki pada usia begitu.

Itulah si ayah ! Si anak hendak membaiki keadaan rumah dilarang keras. Katanya, nostalgia manis bersama si ibu berlegar di rumah itu. Katanya lagi, mahu mengekal ke anak cucu. Menggeleng saja Intan Safiya mampu.

Dipegang lengan Haji Mahmud. Dibawa duduk di ruang tamu. Haji Mahmud mengesan sesuatu. Tiada riak gembira diwajah anak gadisnya. Tiada juga riak kecewa. Pandai benar menyorok rasa. Hati si ayah. Mana mampu menyembunyikan sesuatu. Disoal diselidik empunya diri. Tiada jawapan. Itu pasti.



*2*

Berat hati mudanya melepaskan. Pemergian kedua ibubapanya ke Mekah. Mengerjakan umrah. Di pandu kereta ke lapangan terbang. Sebak didada dicengkam. Menghalang teriakan tangisan.

Haji Mahmud dan Hajah Maimunah melangkah. Menuju pintu perlepasan. Tangan kanan melambai lemah. Entah kenapa hatinya terasa lain macam. Aneh amat. Terasa hidupnya sendirian selepas ini.

Ahh ! Apa yang aku merepek ni ?? Tiada lagi kelibat mereka, Intan Safiya melangkah pulang. X5-01nya menjerit minta diangkat. Nama diskrin dijeling sekilas. Ah ! Jantan tak guna tu lagi ! Tak sudah-sudah menggangu. Tak cukup puaskah mempermainkan dirinya selama ini ?

Ya ! Tiada cinta yang lebih agung daripada cinta hamba kepada Pencipta. Terlalu jauh diri menyimpan. Ke arah kesesatan. Tiada istilah kekasih dalam Islam. Rugi benar dirinya berbuat demikian. Dosa percuma. Menyayangi seorang hamba jua lantas, alpa pada laranganNya.



*3*

Malam gelita. Sepi tanpa bulan bercahaya. Dilindungi kumpulan awan. Memonopoli ! Intan Safiya pandang langit. MasyaAllah ! Begitu indah ciptaan Allah. Tegak langit bertebaran tanpa jatuh kecundang walhal tiada bertiang. Terapung jutaan bintang tanpa tali kelihatan. Sungguh hebat ilmu Allah. Padanlah, ilmu Allah itu luas. Walau digunakan seluruh air laut didunia ini sebagai dakwat sekalipun, masih tidak mampu menandingi ilmu Allah. Subhanallah ! Maha Berkuasa.

Intan Safiya lipat sejadah. Di angkat lalu diletakkan di rak kayu. Kitab Al-Quran yang baru sahaja selesai dibaca diletak disebelah bantal. Peneman tidur malamnya. Andai dulu hidupnya kusut, bercelaru ditemani bebanan kerja sekarang hatinya lapang bertemankan hausnya ilmu Islam miliknya. Tekad dalam diri. Mengumpul ilmu selagi mampu. Lupakan sikap terlalu taksud kepada dunia. Islam mampu menenang jiwa. Alunan bacaan Quran benar-benar membuat dirinya tenang tanpa keresahan.

“ Fiya ooo Fiya !!” jeritan seseorang dari luar. Bergegas Intan Safiya mencapai tudung. Melindungi aurat daripada dilihat bukan muhrim. Dibuka pintu perlahan. Sikit sahaja ruangnya. Nampak dua biji mata sahaja. Bukannya apa ! Tidak mahu menanggung risiko. Kalau saudara sendiri tak boleh dipercayai, apatah lagi orang luar seperti Awang Mahid. Lelaki itu kelihatan cemas amat.

“ Cepat ikut aku !”

“ Tak nak ! Kau nak apa ? Kalau tak, aku tak nak ikut !!” Intan Safiya bertegas.
Awang Mahid berang. Lantas, diterkam Intan Safiya. Sekuat tenaga Intan Safiya menahan daun pintu. Ditolak sekuat hati. Tenaga lelaki ! Kuat.

“ Ya Allah !”

Terjatuh ke bawah Intan Safiya. Bergenang manik jernih dimata. Ya Allah, selamatkan aku hambaMu yang lemah. Meliar mata jantan Awang Mahid melapah potongan badan Intan Safiya yang berkain batik. Terselak sedikit kainnya sampai ke betis. Makin bersinar galak Awang Mahid.

“ Awang ! Ya Allah, mengucap. Ingat Allah. Ingat Allah, Awang !! Tolong, tolong keluar ! Keluar dari rumah aku. Kau buat apa ni ? Awang, keluar !”

Merayu gadis itu.

Awang Mahid sengih melebar. Beruntung benar dirinya malam ini. Tak patut betul gadis cantik begitu ditinggalkan sendirian. Awang Mahid cengkam kedua-dua tangan Intan Safiya. Kuat amat. Menjerit Intan Safiya meminta tolong. Apakan daya ? Rumahnya jauh dihujung kampung. Jauh dari rumah orang-orang kampung. Jeritlah sekuat hati, tiada yang mampu mendengar. Puas dipujuk Awang Mahid agar menyedari tindakan. Lelaki durjana itu masih lagi leka dihanyut nafsu syaitan.

Dengan sekuat tenaga, ditolak badan sasa lelaki itu kuat. Terjatuh Awang Mahid. Mengundang amukan jantan tak berperikemanusian.

Terengsot-engsot, gadis itu ke belakang. Intan Safiya bingkas berdiri. Cuba larikan diri. Menuju ke muka pintu. Pantas, Awang Mahid berdiri. Mengejar gadis malang. Ditarik baju Intan Safiya. Direntap kuat. Koyak !

Awang Mahid semakin galak memandang. Belakang badan yang terdedah. Dipeluk rakus tubuh kecil tanpa belas kasihan.

Ya Allah ! Terkumat-kamit bibirnya membaca ayat Qursi. Berharap agar Allah membantunya saat ini. Tiada apa yang dapat membantu melainkan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa melakukan apa sahaja mengikut kehendakNya. Awang Mahid mendekat. Ya Allah. Awang Mahid tiba-tiba tersentak pabila terpandang di satu sudut. Kelibat dua lelaki gagah perkasa memandang tajam ke arahnya. Seakan mahu menelannya hidup-hidup. Kelam-kabut melarikan diri. Intan Safiya panjatkan syukur ke hadrat Illahi. Alhamdulillah.



*4*

Sujud syukur Intan Safiya. Berkat ayat suci Al-Quran dirinya terselamat dari manusia dirasuk syaitan. Alhamdulillah. Itulah yang dikatakan setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Andai Amir tak dedahkan tembelang, tak mungkin dia kembali ke pangkal jalan. Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Wild Cherry said...

Best...

elyna said...

terima kasih :)

mimimemo said...

safiya...love that name..nice:)

izzati wanie said...

syok bace...^_^