eLyNa. Powered by Blogger.
RSS

Seindah Bicara Mimpi 1

Izyan Haqisya tarik comforter menutupi dada. Dipaksa kelopak mata tertutup rapat. Seakan merayu minta berehat.

Matanya seakan membeku. Pada bilah-bilah kipas yang berpusing. Laju.

Ketentuan takdir, tak pernah ada yang bisa menghalang. KehendakNya, Pencipta.

Disandarkan badannya ke kepala katil. Andai dulu, sendirian kini berteman. Sekadar teman sebilik. Teman sekatil.

Keluhan dilepaskan perlahan. Perlahan-lahan, kepalanya di toleh ke sebelah kiri. Lena lelaki bergelar suami. Letih membantu siang tadi. Barangkali.

Megat Emmir Farhan, jejaka yang tidak pernah dikenali hati budi. Lelaki yang cukup beku dalam berbicara.

Ah, mungkin sebab sejak majlis akad nikah siang tadi ! Mungkin disebabkan mereka tak pernah bersua sebelum ini ! Sebab itu agaknya mereka kekok berbual mesra.

Tanggapan sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

BISIKAN PUJANGGA GELITA said...

MASIH ADA PELANGI PADA HARI ESOK,
nice start for the profesional.........

adakah semuanya kerana takdir....
cinta yang terdetik kala jari disarung cincin.....

BISIKAN PUJANGGA GELITA said...

however nice one...